Saturday, January 1, 2011

Maklumbalas

Untuk Makluman Ahli-Ahli NUTP,

Setiap cadangan dan pandangan yang ingin di sampaikan hendaklah mengemukakan No AHLI NUTP sebagai rujukan.Sekian, Harap Maklum.

102 comments:

MATROS71 said...

Puan SUA,

03-00241461

Hai Puan SUA mengapa membisu,nak tahu juga tentang perkembangan terkini kertas cadangan untuk memberikan fast track kepada golongan guru DGA29/DG41.

Pada fikiran saya adalah lebih rasional dan lebih adil sekiranya tempoh kenaikan gred khusus untuk guru-guru DGA29/DG41/DG44 ke DG48 disingkatkan agar tangga gaji golongan kami ini dilihat lebih setara dengan golongan guru DGA32/DG41/DG44.

Sekiranya menjadi kenyataan,ini sekaligus merupakan satu penghargaan yang tinggi pihak KPM kepada golongan guru yang lebih awal sambung belajar dan lebih awal berada di gred DG41. Kembalilah kepada hukum alam yang sebetulnya di mana mereka yang lebih senior berada di gred yang lebih tinggi sepatutnya mengecapi tangga gaji yang lebih tinggi bukan seperti apa yang berlaku sekarang ini. Mereka yang berada di gred yang lebih rendah dapat bermewah-mewah dengan tangga gaji yang jauh lebih tinggi.

Kami hanya manusia, cuba hayati betul-betul sekiranya perkara ini berlaku pada diri Puan SUA, Apa agaknya perasaan puan pada masa itu. Bermula daripada ketidakadilan pada Julai 2007 sampai sekarang hati kami cukup terluka dan sudah bernanah. Jadi sekiranya isu ini tidak diselesaikan dengan segera maka pihak KPM perlu ingat mereka telah membunuh puluhan ribu komitmen guru-guru DGA29/DG41 yang lebih senior dari segi perjawatan dan pengalaman. Dengan ini apa jua yang diperkatakan oleh Falsafah Pendidikan Kebangsaan tidak bererti lagi buat golongan kami ini akibat kebajikan kami diabaikan.

Mohon respon daripada pihak Puan SUA tentang pandangan saya ini dan adakah masih ada sinar bagi golongan kami ini atau terus gelita sampai bila-bila dengan isu yang tidak berkesudahan ini. Berilah pembelaan yang seadil-adilnya kepada golongan guru DGA29/DG41 yang dilantik ke DG41 sebelum 2007.

1 guru DGA29/DG41, 1 pembelaan yang cukup adil dan 1 penghargaan serta 1 pengiktirafan kepada golongan guru yang terus menerus rugi ini, terutama daripada YAB. Perdana Menteri kita. Semoga menjadi kenyataan, itulah harapan kami semua sejak dari tahun 2007 lagi.

TQ

Unknown said...

Salam 1Malaysia

Saya ingin bertanya kepada pihak NUTP berkenaan pertukaran skim pensyarah politeknik beberapa tahun lepas.

Seperti yang dinyatakan dalam pekeliling berkaitan, pertukaran daripada skim DG kepada skim DH adalah muktamad. Adakah terdapat kaedah lain untuk seseorang yang berada di skim DH ingin menukar kembali ke skim asal iaitu skim DG?

Apakah implikasi daripada pertukaran skim tersebut kepadanya?

Sekian.

DH41

Setiausaha Agung said...

Sdr Matros71,

Bukan membisu tetapi sedang berusaha
untuk berjumpa dengan KPM. Mereka cuba mengelak untuk berjumpa.
Jika ada mesyuarat akan datang kita hendak berjumpa dengan saudara untuk memberi makumat diri mengenai perkara ini.

mariam said...

Bagaimana Guru DC41 dapat lantikan Guru T6 DG44? Sedangakan ada ramai guru DG41 menunggu menjadi Guru T6 DG44? Harap dapat penjelasan.

arulnangai said...

MN (No.ahli :00071195)

Salam SU

Saya ingin dapatkan pandangan SU dalam perkara berikut:

Kawan saya seorang guru telah mengikuti Program Sarjana di IPA tempatan dengan biasiswa penuh. Baru-baru ini setelah tamat pengajian beliau tidak dapat kembali ke sekolah lama beliau. Alasannya ialah lebihan guru dalam opysen beliau di negeri berkenaan. Beliau telah lama berkhidmat di sekolah berkenaan dan telah berumahtangga dan mempunyai anak- anak yang masih di tadika dan sekolah rendah. Sebagai warga pendidik yang berjawatan tetap dan pengalaman, beliau telah ber"settledown" dengan sepenuh. Rumahnya masih hutang bank dan berkomitmen tinggi dengan keluarga.
Tetapi, selepas tamat pengajian, beliau diberitahu tiada kekosoangan di sekolah lama dan diminta ke negeri lain. Dalam hal ini.
1. Ini bukan penempatan baru seperti yang perlu dilalui oleh guru baru dari Institusi @ Universiti.
2. Rasionalnya namanya sah dalam senarai daftar sekolah lama berkenaan dan semua urusan kerjaya dan pembayaran gaji masih dengan sekolah lama.
3. Beliau perlu diberi layanan di sekolah lama memandangkan ada senioriti.
4. Pertukaran secara tiba-tiba bagi seorang guru yang berumahtangga akan memberi stress yang tinggi kepada beliau.

Dalam situasi ini, apakah harapan guru berkenaan dalam perkara ini?
Apakah penyelesaian?
Harap mendapat maklumbalas dari SU
Terima kasih.

Setiausaha Agung said...

Sdr Berembas,

Pertukaran gred DH ke gred DG boleh dilakukan tetapi dengan syarat kembali ke tangga gaji P1T1.

Ini merupakan keputusan JPA.

Setiausaha Agung said...

Sdr/Sdri Mariam,

Sila beri no tel untuk Pihak KPPK menjelaskan hal ini.

@ emel ke blog@nutp.org

Setiausaha Agung said...

Sdr Arulnangai,

Ini bukan isu baru, setiap kali Program Sarjana di IPA yang menghadapi penempatan memang tidak dapat balik ke sekolah asal tetapi ke sekolah yang ada kekosongan jawatan.

Guru tersebut perlu membuat rayuan.

kg boy said...

Seperti yg diketahui penulisan SKT tidak diwajibkan kepada guru-guru. Namun, baru-baru ini ramai GB, Pengetua serta pengarah mengarahkan kakitangan utk menulis SKT. Apakah pendirian NUTP tentang perkara ini?

Setiausaha Agung said...

Sdr kg boy,

Sila kemukakan bukti ke KPPK.
@email ke blog@nutp.org

KLLee said...

Bagi guru Ex-PPLD DG44(KUP) yang cukup syarat ke DG48(KUP) untuk tahun 2011. Adakah guru-guru ini dinaikan pangkat pada 1 Jan 2011, 1 Julai 2011 atau pada tarikh pergerakan gaji?

Maz said...

Salam 1 Malaysia..
Saya ingin bertanya kepada puan, berkenaan cuti hari Sabtu.. ini kerana pentadbir sekolah saya mmg tak ada pendirian yg tetap. Sepanjang tahn 2011 ini yang bermula 3 Jan sehingga 4Mac ini, sekolah kami memang tak cuti langsung hari Sabtu. Ramai guru terpaksa ambil cuti sakit, tp pentadbir cakap dia berhak keatas semua cuti guru. Macam mana ni, guru bukan robot.. kerja berat sungguh sampai rebah dan rebeh, tolonglah kami.

Yang benar
Mak Budak 37

Setiausaha Agung said...

Sdr KLLee,

Mereka dinaikkan pangkat berdasarkan tarikh cukup tempoh perkhidmatan dan tangga gaji biasanya tarikh pergerakan gaji.

Setiausaha Agung said...

Sdri Mazlina,

Sila kemukakan nama sekolah untuk siasatan KPPK @ email ke blog@nutp.org

KLLee said...

Saya dapat DG44(kup) pada 1/1/2004. Pada 1/1/2011 saya cukup tempoh syarat (7+3)ke DG48(KUP). Tarik pergerakan gaji pada 1/7. Adakah saya naik ke DG48(KUP) pada 1/1/2011 atau 1/7/2011?

bard said...

Pn SUA, saya telah dikelirukan dgn penjelasan yg tidak tepat oleh PK dn PT sekolah mengenai opsyen pengumpulan cuti rehat utk GCR. hasil penerangan mereka, saya telah memilih opsyen 25 hari setahun dgn maksimum GCR 150hari..baru-baru ini saya dpt tahu bahawa mereka yg memilih utk kekak dgn opsyen cuti lama iaitu 30 hari juga menikmati GCR 150 (yg pada asalnya, hanya 120 jika mereka kekal dgn cuti 30 hari). Sy sudah bertukar lapangan dgn menjadi pentadbir/pengurus dan menikmati cuti tahun. kekeliruan ini (yg tidak menguntungkan saya) telah dijelaskan oleh PT di tempat sy berkhdmat sekarang. Apa yg harus sy lakukan utk menikmati kembali opsyen asal. Perkara ini harus menjadi iktibar kerana ada masanya guru akan bertukar lapangan selain mengajar di sekolah.

MATROS71 said...

Puan SUA,

03-00241461

Sukar untuk berjumpa dan berunding dengan KPM tidak boleh dijadikan satu alasan, malah keikhlasan dan komited NUTP perlulah lebih realistik dan jangan asyik nak memenangkan golongan guru DGA32/DG41 sahaja, sudah masuk tahun yang keempat bermula ketidakadilan tahun 2007 tapi sampai sekarang masih belum ada perkembangan yang positif bagi golongan kami. Apa salahnya tempoh masa timebased bagi golongan guru DGA29/DG41/DG44 disingkatkan kepada 3 atau 5 tahun sahaja agar kadar pergajian kami lebih berbaloi sekaligus dapat memperbaiki ketidakadilan yang lepas.Tambahan pula pekeliling baru yang agak tidak munasabah di mana guru DGA32 dilantik ke DG41 sebelum tarikh lulus temuduga. Apa sudah jadi sekarang ? Apa pendirian NUTP dalam hal ini, permasalahan ketidakadilan terus bertambah. Mana perginya pembelaan NUTP ......?????

Sepatutnya ini yang berlaku :

1 GURU 1 PENGORBANAN 1 KEIKHLASAN 1PENGHARGAAN 1 PENGIKTIRAFAN 1 KEADILAN 1 SOKONGAN

Tapi sekarang ini yang sedang berlaku :

1 GURU 1 PENGANIAYAAN 1 KRONILISM
1 PENGANAKTIRIAN 1 KETIDAKADILAN
1 SOKONGAN ( KENA BERFIKIR 2 KALI )

Hayati dan berilah respon yang lebih positif yang memungkinkan pergajian dan senioriti kami diadili serta diberi pembelaan dengan seadil-adilnya

TQ

William Koh said...

Puan SUA yang dihormati,
Teringin juga saya menarik perhatian PUAN untuk meneliti kedudukan dua jenis elaun yang dinikmati oleh guru dari Sabah dan Sarawak yang berkhidmat di Semenanjung iaitu elaun wilayah dan elaun perumahan wilayah; Keda-dua elaun ini sudah statik sekian lama dan tidak pernah dinaikkan dan dirombak walaupun setahu saya ITP dan lain-lain imbuhan yang setara telah pun dinaikkan. Saya berharap Puan SUA dan NUTP dapat melihat permasalahan ini memandangkan sekian hari harga barang keperluan asas pubn semakin meningkat.
Yang berharap,
Shakespeare 0700122747

Setiausaha Agung said...

Sdr KLLee,

Tarikh lantikan di DG48 KUP adalah cukup tempoh berkhidmat 10 tahun.

Saudara akan dilantik pada 1.1.2011.

Setiausaha Agung said...

Sdr badrol hisham,

Apabila saudara telah menandatangani opsyen 25 hari cuti tahun.
Ini akan kekal.

Harap maklum

Setiausaha Agung said...

Sdr MATROS71,

Saya ingin memberitahu isu DGA29/41/44 guru tidak mengalami kerugian, hanya ada lebih untung dan ada kurang untung.

Kita telah berusaha menyelesaikan masalah ini mengikut kumpulan kerana menyedari tidak dapat membuat secara blanket.

Beberapa wakil sekolah ahli terlibat telah kita jemput bersama untuk berunding mengenai isu ini.

Kementerian Pelajaran Malaysia hanya akan menyelesaikan secara kumpulan.

contoh :

Kes guru senior DGA29/41 terlepas DGA32 dan terlepas peluang ke DG48

Beberapa perkara teknikal kita masih sedang berbincang.

Sila beri maklumat diri ke blog@nutp.org

Apabila mesyuarat kedua diadakan kita akan menjemput saudara bersama.

Setiausaha Agung said...

Sdr shakespeare,

Ya, Pihak KPPK akan bawa berbincang melalui CUEPACS.

William Koh said...

Puan SUA,
Saya semakin hairanlah, mengapa hingga ke hari ini masih belum ada apa-apa berita tentang kaedah penilaian baru PTK???? Dah hampir bulan Mei 2011. Kalau sudah siap sepattnya diwar-warkan kepada semua guru yang akan mendudukinya pada bulan Mei atau Jun. Apa dah jadi?
Inilah yang dikatakan perancangan yang cukup terancang ?????
Sila jawab. Terima kasih.

William Koh said...

Puan SUA yang dihormati,
Saya rasa agak kesal dan terkilan kerana hingga ke hari ini tiada apa-apa berita tentang ganjaran atau imbuhan kepada guru berijazah lanjutan. Saya telah mendengar ura-ura kerajaan akan memberikan ganjaran sejak lebih 10-15 tahun dahulu dan kesemuanya hanya bohong belaka. Ramai guru yang rasa tertipu dan tidak dihargai dengan pengorbanan mereka. Walaupun deikian mereka tidak berputus asa meneruskan perjuangan dalam mendidik anak bangsa. Memanglah kami mengharapkan setitis pengiktirafan terhadap usaha dan pengorbanan kami dalam melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Ramai yang telah bertukar ke Kementerian dan institusi lain selepas menamatkan pengajian mereka tetapi jangan lupa masih ada yang tetap setia bersama sekolah dan ingin terus menaburkan jasa dan bakti kepada anak murid. Walaupun menghadapi pelbagai kekurangan di sekolah...seperti kurang peluang kenaikan pangkat, terpaksa tunggu time base dll., namun guru-guru ini rela atas sebab ingin melihat anak didikny aberjaya dalam hidup. Saya rasa golongan guru ini sepatutnya dibela dan diiktiraf dan bukannya dibiarkan sahaja sehingga tempoh perkhidmatan tamat atau bersara. Sekurang-kurangnya, pengiktirafan yang diberikan walaupn sedikit dapat memberikan kenangan manis dan penghargaan diri buat masa tua.
Sekian.

Setiausaha Agung said...

Sdr Shakespeare,

1. Mengenai kaedah penilaian PTK diharap tunggu pada bulan Jun 2011.

2. Guru berijazah lanjutan kini banyak ganjaran cuma kepada guru senior ketinggalan

noname said...

05-00235811

Puan SUA,

saya dG41- 1.8.92
DG44- 1.1.2007
(lambat kerana dapat ptk aras 2, 2kali)
ting 6 dg 44- 16.10.2009
(lewat setahun dari guru-guru junior kerana nama tercicir)
saya sudah menduduki ptk T3 2X,tetapi nasib malang sekali lagi hanya mendapat aras 2..

persoalan saya, bagaimana peluang saya ke dg48 fasttrack ting6..kerana ptk pun dah dimansuhkan...
harap dapat beri penjelasan

Vallee said...

DIHARAP PENYELARASAN GAJI KALI INI AKAN DIBUAT SECARA ADIL TERUTAMANYA BAGI KATEGORI DG29/41. JIKA 20%,BIAR SEMUA 20%.MINTA TIDAK AKAN BERLAKU KEKESALAN SEPERTI YANG TELAH BERLAKU DARI PENYELARASAN TAHUN LALU.JANGAN MOTO NUTB TINGGAL MOTO SAHAJA.BERTINDAK BIJAK.JANGAN SETIAP KALI KATEGORI DG41 DIANAKTIRIKAN.JIKA IA BERTERUSAN KEMUNGKINAN IA AKAN MENGUGAT KEUPAYAAN NUTB DAN SETERUSNYA AKAN MENYEBABKAN KELUCUTAN KEAHLIAN NUTB SECARA BESAR-BESARAN.BIAT BERTINDAK ADIL.
NUTB PERLU MEMBUKTIKAN BELAJAR TINGGI TIDAK AKAN MERUGIKAN DARIPADA YANG BUKAN.

Setiausaha Agung said...

Sdr noname,

Diharap tunggu pada bulan Jun ada alternatif PTK.

Setiausaha Agung said...

Sdr Vallee,

Kita ambil maklum akan perkara ini.

narmawarni said...

saya ditawarkan memangku GB DGA34 di sebuah sek di Batu Kurau, dan kini memangku GC DGA34 dan mengajar di sek men di Sitiawan, yang manakah pilihan terbaik buat saya, buat pendapat anda? Saya telah lama menetap di Manjung dan kedudukan sek di Batu Kurau agak jauh dan agak sukar bagi saya.Kini, saya dalam dilema utk memikirkan yang terbaik buat saya. Adakah kekosongan GB di daerah Manjung?
Terima Kasih
Narmawarni Abdul Kadir
017-2297350
No Ahli : 73598

Setiausaha Agung said...

Sdri Narmawarni,

Untuk makluman Guru Besar DGA34 adalah lebih baik.

LSL said...

10-00280775

salam sejahtera

saya telah menelefon JPWP awal tahun ini dan diberitahu bahawa hanya guru tingkatan 6 yang tarikh lantikan 2 jan 2004 dan sebelumnya akan dilantik sebagai guru akademik tingkatan 6 padahal tarikh lantikan saya 3 jan 2006 dan telah mengajar tingkatan 6 sejak 2006.Kelmarin seorang guru akademik tingkatan 6 telah bersara awal dan jika JPWP tidak menghantar guru akademik tingkatan 6 untuk mengganti tempatnya saya akan mengambil alih kelas beliau. Saya ingin tahu bila baru saya cukup syarat untuk dilantik,apakah perkembangan terkini?

jun.s said...

Puan, sekarang pembelaan untuk guru DG29-Dg41 byk yg telah terbela dimana boleh memohon utk keciciran DG32 tetapi syarat msti 10 tahun di dg29 malang bagi kami yang menyahut seruan kerajaan utk menaikkan taraf pendidikan, kami awal ambil ijazah dn akhirnya kini kami senior di dg41 kpd yang DG32-41 tetapi gaji kami kecil berbanding mrk. Sepatutnya kami mempunyai kelebihan dari tangga gaji tapi mereka melonjak lbh 3 anak tangga berbanding kami.Sehingga kini tiada pembelaan utk kami yang telah awal mengambil ijazah dimana kami hanya berada di DG29 antara 6 hingga 8 tahun. Harap puan ambil perhatian. Jika saya dipanggil untuk memberi penjelasan saya sanggup memperlihatkan perbandingan antara guru DG29-41 dgn guru DG32-41.

che'gu yo said...

Puan SU

Boleh jelaskan apakah keistimewaan sama ada memilih laluan perjawatan atau guru cemerlang dalam kerjaya guru pada masa kini.

Setiausaha Agung said...

Sdr/ Sdri LSL,

Sila beri maklumat lengkap mengenai perkara ini ke blog@nutp.org untuk semakan di KPM.

Semua ini perlu dilihat dari segi kekosongan jawatan dan pengezonan (zoning).

Setiausaha Agung said...

Sdri jun.s,

Isu ini masih diperingkat rundingan kerana melibatkan peruntukan yang besar.

eytaz said...

Puan SUA,
saya mula mengajar MUET T6 sejak Ogos 1999. Semasa perjawatan T6 diwujudkan, saya turut memohon tetapi malangnya nama saya tercicir. Akibat keciciran itu, GPK T6 yg telah dilantik menggugurkan nama saya dari mengajar MUET mulai Januari. Namun apabila kemasukan pelajar T6 Bawah pada bulan Mei, saya diminta oleh PK1 mengajar MUET T6 semula kerana ketiadaan guru, hanya ada seorang guru MUET dgn AP T6 bagi 8 kelas T6. Kemudian saya membuat aduan ke NUTP dan nama saya telah diangkat dgn Gred Hakiki DG44 tetapi penempatan baru walaupun di sekolah saya hanya ada 2 org guru MUET iaitu saya dan seorang guru yng telah mendapat AP. Saya telah "dinasihatkan" oleh pentadbir sekolah utk menolak kerana sekiranya saya pindah keluar, sekolah akan ketiadaan guru MUET dan Bahasa Inggeris T5 yang amat kritikal. Saya akur dgn "nasihat(arahan?)" tersebut walaupun sekolah penempatan baru tersebut adalah dekat dgn rumah saya. Apabila Fasa 2 dibuka, sya memohon lagi dgn Gred Hakiki DG48. Namun sekali lg nama saya tercicir dgn alasan tak cukup syarat tetapi dimaklumkan nama dalam senarai menunggu. Saya akur kerana saya dilantik DG44KUP pada 18 Mei 2008 dan tak cukup 5 bulan untuk cukup syarat 3 tahun di DG44 untuk dilantik ke DG48 gred hakiki perjawatan T6. Persoalannya, saya telah diarah oleh GPK T6 sekolah saya untuk mengisi permohonan semula setara iaitu Gred Hakiki DG44. Beliau mengatakan saya perlu berbuat demikian untuk "memastikan" tempat saya di T6 sekolah tersebut. Saya enggan, kerana saya juga mengajar T5, sekiranya guru MUET T6 yg lain datang mengambil tempat saya, saya masih lagi guru di sekolah tersebut kerana kuota guru Bahasa Inggeris di sekolah masih tidak mencukupi. Betulkah tindakan saya dan bolehkah GPK T6 memaksa saya mengisi perjawatan setara sedangkan sekarang saya sudah memenuhi kelayakan 3 tahun di DG44. Saya rasa daripada saya ditawarkan dgn gred setara DG44, adalah lebih baik saya memohon guru cemerlang DG48 sekolah rendah bagi lepasan PPLD. Apakah tindakan terbaik yang perlu saya lakukan?

Setiausaha Agung said...

Sdr/ Sdri che'gu yo,

Guru Cemerlang adalah jawatan hakiki dan menjadi guru biasa.

Perjawatan perlu memegang jawatan.

mencari cintaNya said...

salam sejahtera...
salam pn SUA...bolehkah pihak NUTP membanu saya berkenaan hal pertukaran antara daerah?? selama 3 tahun saya terpaksa berulang sejauh 60km (sehala) untuk kesekolah...saya terpaksa menanggung kos pengangkutan yang tinggi selain tidak dpt memberi sepenuh kotmitmen kpad aktvt sekolah. untuk pngthuan puan saya guru yang bertukar dari selangor ke kdh. apa yang mnyediahkan alamat sekolah di pihak kementerian tidak dikemaskini mnyebbkan saya ditempatkan di sekolah sekarang. alamat di kementerian skkb, gurun kedah dan alamat sepatutnya skkb, sik kedah. gurun berdekatan dengan kediaman saya, mnakala sik pula amat jauh. PPD baling/sik tidak pernah mempertimbangkan hal ini, tetapi jika ada kroni, mudah saja untuk bertukar...harap dapat penjelasan dan bantuan...

KLLee said...

Pn. SUA,

Saya adalah guru senior DG44 (English) disekolah, tetapi kekosongan yang wujud(MUET - Form 6) diberi ke Guru ExPPLD DG41. Saya telah berjumpa dgn. Pengetua tetapi beliau memberi penjelasan yang tidak memuaskan. Apa perlu saya buat?

Setiausaha Agung said...

Sdri puteri azni,

1. Sepatutnya sdri tidak tolak awal.
2. Perlu tunggu kekosongan jawatan.

Aku nak bonus wie.. said...

Pn SUA
kami guru dari gred 32 hingga 38 mohon jasa baik PN agar dapat mengetengahkan mengenai elaun khidmad awam yang kami terima.Ini memandangkan tugas dan tangggungjawab kami sebagai guru adalah sama berat dan sama dari segi agihan tugas tidak mengira sama ada gred 29 ataupun 41.Elaun gred 29 hingga 38 adalah rendah(rm160 sahaja) dan tiada kenaikan jika dibandingkan dengan elaun 41 hingga 48 (Rm 300 hingga rm550) yang tinggi dan ada kenaikan jika berlaku kenaikan gred.Besarlah harapan kami agar kami juga dapat menikmati kenaikan elaun ITKA ini bagi memotivasikan kerjaya yang kami cintai ini.

Setiausaha Agung said...

Sdr Abah Udin,

Sila nyatakan no telefon untuk KPPK hubungi. @ emel ke blog@nutp.org

Setiausaha Agung said...

Sdr/Sdri mencari cintaNya,

Sdr/Sdri boleh membuat rayuan untuk bertukar.

Sila hantar salinan dokumen ke KPPK.

Harap maklum.

Setiausaha Agung said...

Sdr KLLee,

Sila kemukakan surat rasmi ke KPPK.

Setiausaha Agung said...

Sdr Aku nak bonus wie,

Pihak KPPK minta kemukakan kertas cadangan mengenai perkara ini.

IT@Guru said...

Salam SU

Saya ingin dapatkan pandangan SU dalam perkara berikut:

Benarkah time base DG41 10tahun ke DG44 dimansuhkan. Jun 2012 saya genap 10 tahun mengajar. Jika benar ini tidak adil pada kami dan guru-guru yang posting selepas kami.

bunga said...

Puan SUA,

Rakan saya adalah guru cemerlang DG54. Beliau akan bersara pada 12/12/11. Boleh kah GC diberi kontrak mengajar selepasa bersara.

Admin said...

MGB memonopoli hak mereka untuk menegakkan GB dilantik dari kalangan PPLD dan bukan PPPS. Yang peliknya dah dapat DG34 dan naik jadi Guru Besar mereka boleh mohon untuk dilantik ke DG41 bagi yang telah tamat pengajian di Universiti. Sepatutnya kalau GB dan PK yang berijazah kena turunlah pangkat jadi guru biasa seperti kami juga.
Soal saya apakah pendirian NUTP dan pembelaan nasib guru senior DG41 di sekolah rendah yang terus dipinggirkan dalam sistem kenaikan pangkat? Tolong beri jawapan!
No.Tel: 0135071235
SK Kampong Jawa Pulau Pinang

Setiausaha Agung said...

Sdr/ Sdri IT@Guru,

Dalam tahun transisi belum dimansuhkan.

Setiausaha Agung said...

Sdri bunga,

Boleh tetapi perlu memohon melalui Bhg Pengurusan Sekolah Harian, Kementerian Pelajaran Malaysia.

Setiausaha Agung said...

Sdr vikram sudakkhar,

Tunggu skim gaji baru.
Gred DGA34/38 jawatan Guru Besar adalah dalam Akta perlu buat pindaan di Parlimen.

gurubiasa said...

Puan SUA, Surat khabar hari ini mengumumkan kenaikkan gaji kakitangan kerajaan, saya harap pakej naik gaji juga termasuk penyelesaian gaji DG29/41. Jika JPA tidak boleh selesaikan isu ni, saya cadang Pn SUA jumpa PM atau TPM, mereka lebih berkuasa untuk membuat keputusan. Saya bimbang sekian lama kami diminta tunggu ,tunggu dan tunggu, sampai bila? Kalau tidak diselesaikan dalam tahun ni, rasanya tahun-tahun yang akan datang lagi sukar sebab keadaan ekonomi dunia dijangkan lebih teruk daripada tahun ni. Tolonglah, ...Please!
TQ

ewe said...

time based dg29 ke dg32 telah dipendekkan ke lapan tahun. Dg41 ke dg44 bila nak dipendekkan? harap kenaikkan gaji kali ini adil kepada dg41.

Setiausaha Agung said...

Sdr/Sdri gurubiasa,

Pihak KPPK ambil maklum mengenai perkara ini.

Setiausaha Agung said...

Sdr ewe,

Tidak tepat. DG29 ke DG32 tidak dipendekkan ke 8 tahun. Salah tafsir mengenai perkara tersebut.

Daengazhar said...

eticereedari bajet yg dibentangkan tadi...untuk org baru service akan untung.. yg dah lama rugi.. saya adalah guru ex PPPLD dan sekarang sudah berada di DG44..dulu masa umum 44 saya dah cukup 10 tahun.. maknanya junior saya akan sama dgn saya balik utk dpt 48.. nasib nasib. tak tahu la kalau yg sistem 7+3 ke 48 masih diguna pakai di bawah SBPA.. harap2 diguna pakai sebab saya terpaksa pulangkan gaji sebab tolak 7+3 ke DG 44.. saya guna sistem 10 tahun juga.. rasanya ramai yg senasib dgn saya kot.. dari pengumuman tadi 16 tahun sudah boleh ke DG 48.. adakah saya boleh gunakan pengalaman DG29 itu ke DG 48.. harap Puan SUA dapat perjuangkan hak kami

kris said...

Sdri Lok,
Saya ada beberapa pertanyaan:
1. Adakah pihak KPPK akan mengambil sebarang langkah untuk mengatasi masalah kerugian yang dialami oleh guru-guru senior?Contohnya Pengumuman time base 8 tahun memang dialu-alukan tetapi skim ini lebih menguntungkan guru-guru muda.Bagaimana dengan guru-guru senior yang telah lama berkhidmat?Ambil kes saya sendiri:Saya baru dimaklumkan bahawa, permohonan saya untuk ke DG 44 telah diluluskan atas prinsip 7+3( saya telah memohon pada tahun lepas 2010.Saya telah dilantik ke DG41 pada 1.1.2004: DGA 29 ke DG41)Ertinya guru muda yang dilantik pada tahun 2004 akan layak ke DG44 pada tahun 2012.
2. Bolehkah guru2 yang telah memohon ke DG44 dengan menggunakan Formula 7+3 mendapat sebarang pelepasan khas?Contohnya guru yang dilantik ke DG41 pada 1.1.2003 dan dilantik ke DG44 pada 1.1 2010(7+3):Memandangkan tempoh time based sekarang ialah 8 tahun,bolehkah perlantikan pada 1.1.2010 menggunakan formula 7+1 dadn baki 2 tahun diguna untuk memohon ke DG48.Bermakna guru ini hanya perlu tunggu 6 tahun di DG 44 sebelum memohon ke dg48?
3. Adakah pihak KPPK dan CUEPACS pernah terfikir supaya satu formula baru diperkenalkan supaya guru-guru senior tidak terus tercicir?Kalau ya,apakah langkah yang telah diambil atau yang akan diambil untuk mengatasi masalah ini?
4.Saya pernah menulis tentang kes keciciran guru2 DGA29 yang terlepas peluang ke DG 32 sebelum dilantik DG41 kerana ketiadaan PTK dan sebagainya.Adakah sebarang penyelesaian untuk masalah ini?

Akhirnya, terima kasih kpd KPPK kerana terus memperjuangkan nasib guru.Harap-harap guru senior tidak dilupakan.

Gee said...

Belanjawan 2011 membentangkan byk perkara yg menggembirakan seluruh rakyat terutama guru, tetapi tidak bagi golongan dg2941 kerana terus menjadi mangsa kerugian, dimanakah hasil pertemuan demi pertemuan KPPK dgn KPM,dg41 nak naik dg44 dh dikurangkan ke 8thn, formula 2+8, 3+7 tidak bermakna bagi kami, lalu apa pembelaan KPPK terhadap kami?

azhar azminuddin said...

Puan SUA,
Saya ingin penjelasan SU berhubung perkara ini:
1. Puan SU pernah menjawab e-mel saya bahawa saya layak untuk ke DG44 pada 2011 melalui formula 3+7. Malangnya makluman dr pihak KPM, saya kurang 4 bulan daripada 9 tahun untuk melayakkan saya mendapat 3 tahun mengikut formula 3+7. Maka saya hanya layak ke DG44 pada 2012. Aadalah sangat tidak adil bagi kumpulan saya yang lantikan DG29 pada tarikh sama iaitu 11.12.1995 tetapi lebih lambat lantikan DG41 tetapi lebih cepat ke DG44. Contoh seperti di bawah.

Tarikh lantikan DG29-11.12.1997(saya dan guru A)

Tarikh lantikan DG41 1.9.2004 (saya) dan DG41 2.2.2005 (guru A).
Guru A layak mengikut formula 3+7 kerana cukup 9 tahun di DG29 manakala saya tidak cukup 9 tahun, maka saya hanya 2+8 sahaja sedangkan saya lebih dulu dilantik DG41.

2. Selepas pengumuman bajet minggu lepas, guru layak ke DG41 dan DG48 pada tahun ke 8 selepas dalam gred masing-masing. Bagaimana formula 3+7 dan 2+8 untuk Ex-PPLD yang telah lepas dan akan cukup tempoh. Saya Ex-PPLD akan 8 tahun DG41 pada tahun hadapan. Akan kumpulan kami layak ke DG48 lebih cepat.

3. Pohon sangat agar Puan SUA perjuangkan isu ini. Saya menerima gaji lebih rendah dari kumpulan saya yang tidak sambung belajar dan jauh lebih rendah daripada kumpulan saya yang mendapat DG32 dan kemudian DG41. Ternyata kerajaan tidak mengikhtiraf semua guru yang berijazah.

azbijo70
No. ahli-106511

Setiausaha Agung said...

Sdr Daengazhar,

Sila tunggu pekeliling rasmi dan semua akan menikmati manfaatnya .

Setiausaha Agung said...

Sdr kris,

Ya, Pihak KPPK sedari semua masalah ini mesti di kawal.

Setiausaha Agung said...

Sdr/ Sdri Gee,

Itu tanggapan sdr/sdri.
Sila tunggu Skim Gaji Baru.

Setiausaha Agung said...

Sdr azhar azminuddin,

Pihak KPPK sedari akan masalah seniority dan junior akan dikawal di peringkat KPM/ JPA.

kalsom , kulim said...

PnSUA.

Saya mula dilantik pada 3 Jan 1988, kemudian dilantik sebagai PPPS DG3 pada 1 Sept 2000. Pada 5 Mai 2009 menerima surat dari JPA mengenai kenaikan pangkat KUP DG41 ke DG44 mulai 16 MEI 2008 melalui formula 7+3 ExPPLD. Pada 27 JUN 2010 menerima surat dari JPA : kenaikan pangkat DG41 ke DG44 Tingkatan Enam mulai 1 Jan 2008. SOALAN : Bolehkah saya mohon batalkan penggunaan formula 7+3 utk KUP DG41 ke DG44 dan bawa peruntukan 3 tahun itu utk kenaikan DG44 ke DG48 nanti ? Mohon jelaskan prosedur pembatalannya jika tidak kenaikan pangkat dua kali dalam DG yg sama tidak bermakna.

Pn Kalsom,Kulim

Cikgu Badrol said...

Adakah guru DG44 yang sudah 8 tahun berkhidmat di bawah SSM pada 1.1.2012 akan mendapat DG48 pada 1.1.2012 dibawah SBPA ?

money said...

Pn. SU terima kasih atas perjuangan puan yang berpihak khas untuk guru-guru muda. Kami guru exPPPld tidak cemburu hanya meluahkan kes kerugian kami.Kami merayu puan berbincang dengan JPA, KPM,SPP atau sesiapa yang memahami masalah kami. Kami berkhidmat lebih 20 tahun sebagai PPPld sebelum belajar. Tetapi usaha kami tidak di iktiraf kerajaan sebaba kami tidak boleh naik pangkat disekolah rendah maupun sekolah menengah. yang tidak belajar sudah dapat DG34 dan gaji mereka lebih tinggi serta dah jadi GB. Kami di abaikan. harap NUTP boleh buat sesuatu. TQ

KLLee said...

Mengapa guru DC41/DG41 diberi keutamaan mengajar T6 mengatasi guru senior DG44? Saya faham guru DC41/DG41 akan dapat lantikan selepas tiga tahun mengajar T6? Apa ini?

Setiausaha Agung said...

Sdr kalsom kulim,

Tidak boleh pembatalan,
Sdri boleh gunakan formula 7+3 hanya sekali sahaja untuk kenaikan pangkat.

Setiausaha Agung said...

Sdr makhfi,

Sila tunggu pekeliling SBPA dikeluarkan.

Setiausaha Agung said...

Sdr money,

Pihak KPPK ambil maklum akan perkara ini.

Setiausaha Agung said...

Sdr KLLee,

Tidak semestinya, bergantung pada kekosongan jawatan disekolah.

Admin said...

Guru-guru yang telah cukup 7 hari berkursus dan lebih perlukah masih menghadiri LDP anjuran sekolah. Adakah ini wajib?

Monsanto said...

Kami guru masters . Ada apa-apa imbuhan dalam SBPA ? Saya cadangkan agar diberikan lima kenaikan dan guru dibenarkan memilih untuk tunggu kenaikan pangkat sebelum kenaikan. Contohnya, jika ada guru yg dah hampir DG44 boleh tunggu DG44 untuk lima kenaikan dalam kategori DG44.

친구 said...

Salam 1 Malaysia,
Rohana Wahab No ahli01-00128941
Puan Sua,
Saya adalah diantara guru dga29/dg41 yg sentiasa mengalami kerugian dr aspek gaji. Pertamanya terlepas DG32 pada tahun 2004 yg mana gaji pokoknya lebih tinggi berbanding dg41. Kedua elaun PPSMI hanya memperolehi 5% drp gaji pokok berbanding DG32 yg dpt 10%.Ini membuatkan jurang gaji kami semakin besar walaupun kami guru senior. Kerugian ketiga apabila kerajaan mengumumkan time base 8 thn sahaja. Sebagai contoh:

Saya lantikan DG41 thn 2004 dilantik ke DG44 pada tahun ini dgn menggunakan formula 3 + 7 dan akan dilantik ke DG48 pada thn 2018.

Kawan saya dilantik ke DG41 pada tahun 2005 dan skrg dlm proses untuk dilantik ke DG48 iaitu time base hanya 8 thn. Maka untuk lantikan ke DG48 dia boleh menggunakan formula 3 + 5 bermakna dia akan dilantik ke DG48 pada tahun 2016.

Jadi disini nampak ke tidak adilan. Kami guru-guru senior atau senang ckp tercepat belajar utk dpt dg41 sentiasa mengalami keciciran dan di sekolah kami dipandang sepi kerana ketinggalan dari segi gaji. Tapi hal2 kerja kami diutamakan pulak dgn alasan kami dah dg41/DG44....Nasib-Nasib...Hanya pd NUTP dpt saya dan guru yg senasib dgn saya mengadu...Tolonglah kami...

Setiausaha Agung said...

Sdr vikram sudakkhar,

1. Jika LDP untuk semua, guru perlu hadir.

2. Bergantung kepada negeri berkenaan, Jika Johor tidak perlu.

Setiausaha Agung said...

Sdr Monsanto,

Ya, dalam urusan naik pangkat master ada nilai tambah, harap bersabar.

Setiausaha Agung said...

Sdr/ Sdri 친구,

Sila tunggu pekeliling baru. Apa yang dinyatakan tidak tepat.

harap maklum.

mk san said...

puan..

saya guru pppld 1997 dan dg41 2004.tahun 2012 saya layak memohon timebase 8+2(10)untuk
dg44...

Apabila mendengar berita budget baru2 ni..bermula 2012 timebase cuma 8 tahun sahaja...bermakna saya rugi kalau memohon.bolehkah?saya menyimpan pppld saya 2 tahun itu..dan memohon kelayakan ppps 41, 8tahun sahaja untuk ke dg44..semasa pengumpulan data baru2 ni..saya telah memohon 8tahun sahaja.bolehkah ia di terima pakai..tolong jelaskan puan..terima kasih.

roon basri said...

Puan Setiausaha,
Adakah KPPK dan kesatuan-kesatuan guru yang lain tidak mempunyai hasrat untuk bergabung agar semangat dan suara guru menjadi semakin kuat?

ABD RAHMAN IDRIS said...

Abdul : SB00158/01
Saya amat setuju dengan keluhan Cikgu Rohana. Kumpulan kami DG29/DG41/DG44 sentiasa sahaja rugi, akhirnya melahirkan perasaan marah dengan sistem gaji yang diolah oleh mereka.. Puan SUA selalu respon tunggu pekeliling... Apabila pekeliling keluar, akan berkata kita akan jumpa dan usahakan.. Jangan biarkan nasi menjadi bubur baru nak bertindak. kan mustahil...

yangman said...

skim sekarang semakin baik untuk para guru, ttp semakin jauh kepada guru dg2941.
guru semakin lewat melanjutkan pelajaran semakin tinggi gaji daripada guru yang terlepas ke dg32 dan lain-lain.
jika dibanding dengan guru yang sama senioriti dengan saya semakin banyak dan jauh perbezaan dari segi pendapatan.
harap pihak nutp dapat menuntut hak yang sepatut untuk kump dg2941.

money said...

Pn SU, terima kasih kerana masih peka dengan masalah guru guru 29/41/44, Kami merupakan mangsa setiap kali penyelarasan gaji, Kami yang senior tinggal 4 atau 5 tahun untuk bersara.Tolong kami supaya kami boleh menikmati DG 48 sebelum bersara, Kami merupakan golongan guru senior yang menyahut seruan kerajaan untuk bayar sendiri dan belajar, Is it too much to ask for 36 years and more service to the nation and the children?

Setiausaha Agung said...

Sdr mk san,

Sila tunggu pekeliling baru. Harap bersabar.

Setiausaha Agung said...

Sdr roon basri,

Untuk makluman Ini adalah Isu Polisi dan Dasar. Kita sentiasa bersama.

Setiausaha Agung said...

Sdr ABD RAHMAN IDRIS,

Ya, Pihak KPPK sedang memantau dan akan bertindak sekiranya SBPA masih merugikan yang senior.

Setiausaha Agung said...

Sdr yangman,

Sila tunggu pekeliling mengenai SBPA.

Setiausaha Agung said...

Sdr/ Sdri money,

Saya sangat-sangat memahami masalah ini. Untuk buat JPA faham 100% bukan mudah.

Pensyarah IPG said...

Cadangan waktu bekerja guru selama 9 jam telah dimansuhkan. Adakah ini bermaksud waktu bekerja pensyarah IPG selama 9 jam juga telah ditiadakan ? Pn SUA masih belum memberi makluman muktamad tentang waktu kerja pensyarah IPG sehingga hari ini walaupun sudah 2 tahun.

Maimun Zaini said...

Puan Setiausaha Agong NUTP

Saya antara guru-guru yang berasal dari Semenanjung dan berkhidmat di Malaysia Timur.Saya ingin bertanya tentang bagaimana cara untuk kami menjadi ahli NUTP.

Ini kerana untuk menjadi ahli NUTP perlu melalui cabang/cawangan.

Saya beranggapan STU , KGKS ,mahupun KGBS tidak banyak membantu guru seperti saya.

Saya yakin hanya NUTP sahaja dapat membantu guru.Alangkah baiknya , sekiranya dapat menjadi ahli NUTP.
Ini kerana bukan mudah untuk berkhidmat dan berada sejauh ini tidak sperti di tanah semenajung.Jauh dari ibu bapa, keluarga dan rakan-rakan.Amat sukar.
Setelah di campak di sini apa keistemewaan yang ada.Berapa ramai yang sanggup ke sini?Jika kami sanggup apa faedahnya.

Harap membantu.

Setiausaha Agung said...

Sdr/ Sdri Pensyarah IPG,

KPM menyatakan Pensyarah IPG telah dinaiktaraf bukan seperti disekolah. KPPK sedang berusaha berjumpa dengan JPA mengenai isu ini.

kg boy said...

"KPM menyatakan Pensyarah IPG telah dinaiktaraf bukan seperti disekolah."
Untuk makluman Pn SUA, di manakah naik taraf yang dimaksudkan oleh KPM sedangkan mengikut JPA, gred pensyarah IPG adalah sama dengan gred guru di sekolah?
Diharap pihak NUTP dapat menyelesaikan isu tertunggak ini secepat mungkin bersama JPA kerana kerana tahap kepuasan kerja dan motivasi pensyarah IPG berada pada tahap yang amat rendah sekarang.

KLLee said...

Adakah semua Ketua Jabatan IPG dinaikkan pangkat ke DG52?

Setiausaha Agung said...

Untuk Makluman Maimun Zaini,

Sekiranya sdri telah berkhidmat di Semenanjung Malaysia dan ditukarkan ke Sabah/Sarawak sdri masih boleh menjadi ahli NUTP tetapi sekiranya sdri mula berkhidmat di sbh/srwk, pihak sdri tidak dibenarkan menyertai NUTP. Ini telah termaktub di dalam Akta Kesatuan sekerja.

Sekian, harap maklum.

Setiausaha Agung said...

Sdr kg boy,

Pensyarah IPG adalah ditawarkan kenaikan secara express.

Setiausaha Agung said...

Sdr/ Sdri KLLee,

SBPA membolehkan ramai Pensyarah naik Gred 52/54 secara Time-based.

che'gu yo said...

SBPA merupakan insentif yang ditunggu-tunggu oleh seluruh kakitangan awam Malaysia khususnya warga pendidik. Terima kasih kepada JPA atas inisatif untuk mengangkat dan menghargai sumbangan tenaga kerja di sektor awam. Namun begitu, masih ada lagi nanti suara-suara kecil mengalunkan keroncong lagu sendu atas pelarasan gaji baru itu. adalah agak sukar untuk memberikan kepuasan kepada semua pihak. Adat perjuangan, ada yang terkorban dan ada yang mengecapi kemanisan..

Miz Akma said...

Salam,

Saya sudah berkhidmat di sekolah sekarang selama hampir 4 tahun dan masih belum diberi peluang mangajar subjek opsyen SELAYAKNYA.

alasan pihak pentadbir kerana kelebihan guru Sains dan Matematik. Oleh itu saya diarah mengajar subjek Pend. Seni.

Saya faham masalah kelebihan guru, tetapi yang menjadi masalah ialah pembahagian subjek yang sangat TIDAK ADIL. saya hanya diberi satu kelas sains (5 WAKTU) dan sepuluh kelas Pend. Seni(20 WAKTU) sedangkan ada guru yang diberi Sains sepenuhnya tanpa perlu mengajar subjek bukan opsyen.

apabila berjumpa dengan pihak pihak atasan, alasan mereka pentadbir pagi tidak boleh campur urusan pentadbir petang. untuk makluman, saya mengajar sesi petang. Jadi apa gunanya "wishlist" yang dibuat semasa mesyuarat panitia jika pengurusan petang langsung tidak boleh "disentuh"?

Masalah ini sudah berlanjutan terlalu lama sampaikan ramai guru yang dipaksa "convert" opsyen. kebanyakan mereka pasrah kerana tidak mahu memanjangkan cerita.

tetapi saya tidak mahu berdiam diri kerana penat lelah belajar dalam bidang sains dari bangku sekolah tidak dapat diaplikasikan semasa mengajar.

Bukanlah BISP yang dikejar, tetapi PENGALAMAN MENGAJAR.

respon dari pihak NUTP sangat saya hargai.

11-00277916

Setiausaha Agung said...

Sdri Miz Akma,

Sekiranya sdri adalah ahli . Sila kemukakan nama sekolah untuk Pihak KPPK menghubungi pengetua mengenai isu ini.

@ Hantar ke mail@nutp.org

Unknown said...

TIDAK DAPAT DITEMUDUGA KERANA TIDAK DAPAT SURAT KEBENARAN MENDUDUKI PJJ

Saya merupakan seorang guru yang telah tamat belajar secara Pendidikan Jarak Jauh(PJJ)pada Julai 2007. Malangnya saya belum lagi dilantik ke DG41(DG1-1) sehingga kini(2012). Saya tidak boleh menduduki temuduga untuk lantikan ke DG41 disebabkan saya tidak ada Surat kebenaran Menduduki PJJ dari Bahagian Pendidikan Guru Kementerian Pelajaran Malaysia.

Untuk pengetahuan pihak NUTP saya mula belajar PJJ dalam bidang SARJANA KOMUNIKASI MULTIMEDIA DENGAN KEPUJIAN di Universiti Terbuka Malaysia(OUM) pada Ogos 2002 dan telah tamat pengajian pada Julai 2007. Dalam tempoh itu saya telah memohon Surat Kebenaran PJJ sebanyak 3 kali sejak 2003.

Namun kesemua jawapannya amat mendukacitakan. Surat Kebenaran Menduduki PJJ tidak dapat dikeluarkan kerana kursus yg saya ikuti TIDAK ADA DALAM BIASISWA KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA. Sedangkan segala kos pengajian adalah atas tanggungan saya sendiri dan saya tidak memerlukan atau memohon biasiswa dari pihak berkaitan untuk melanjutkan pelajaran.

Walaupun begitu saya tidak berputus asa saya terus memohon Surat Kebenaran berkenaan selepas habis pengajian. Dalam tempoh dari 2007 hingga kini saya telah memohon surat kebenaran berkenaan sebanyak 5 kali lagi. Namun jawapan tetap sama. Sehinggalah saya menelefon lebih 20 kali kepada Bahagian Pendidikan Guru tentang status permohonan saya. Mereka menjelaskan permohonan saya dalam proses dan pegawai berkenaan berjanji akan mengemukan permohonan berkenaan dalam mesyuarat akan datang kerana didapati ramai yang menghadapi masalah seperti saya. Setelah lebih 2 bulan saya menunggu iaitu selepas saya menghubungi Bahagian Pendidikan Guru tempoh hari, sehingga kini ianya tetap tiada jawapan.

Justeru itu saya amat berharap pihak NUTP dapat membantu untuk menyelesaikan masalah saya dan rakan-rakan yang senasib seperti saya. Lagipun dah hampir 6 tahun saya menunggu untuk dilantik ke gred DG41(DG1-1). Malangnya disebabkan tiada Surat Kebenaran PJJ hasrat saya tidak kesampaian. Tiada Surat Kebenaran PJJ bermakna saya tidak boleh ditemuduga, apa lagi hendak dilantik ke Gred DG41(DG1-1). Mengapakah sistem yg tidak adil ini terus menghalang peluang kami untuk naik pangkat ke DG41 sedangkan kami belajar atas tanggungan sendiri demi meningkatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran sekaligus memartabatkan profesyen perguruan.

Semoga masalah saya dan rakan-rakan mendapat perhatian sewajarnya daripada pihak NUTP. Jasa baik pihak NUTP amat saya hargai dan didahului dengan ucapan jutaan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

Naharudin Mahzin
Guru Luar Bandar Sarawak.

Edmond said...

Salam 1 Malaysia.

Saya merupakan seorang guru baru opsyen TESL yang diposting ke sekolah baru-baru ini (16th Januari 2012). Walaupun telah terima surat perlantikan dg1-1 (masa itu window period between SPBA & SSM yang ditambah baik). Tetapi, sekolah masih menganggap saya sebagai guru DC41. Ada segelintir kawan-kawan sudah DG41. Apa yang perlu saya lakukan untuk memberitahu pihak sekolah yang saya sebenarnya sudah DG bukannya DC?

Setiausaha Agung said...

Sdr Edmond,

Sdr tidak membaca surat khabar, SBPA telah dibatalkan dan balik ke SSM (DG41 sahaja)