Monday, January 2, 2012

Maklumbalas

Untuk Makluman Ahli-Ahli NUTP,

Setiap cadangan dan pandangan yang ingin di sampaikan hendaklah mengemukakan No AHLI NUTP sebagai rujukan.Sekian, Harap Maklum.

19 comments:

bunga said...

Dalam SBPA, bolehkah Guru Akademik Tingkatan Enam masuk semula ke arus Perdana (T1-T5)?

sir picaso said...

Salam 1 Malaysia,
Ingin bertanya ttg hal perlantikan sbg GPK1 di sekolah rendah.
Berdasarkan senario yg berlaku di sekolah saya,saya dapati GPK1 yg telah dilantik tidak pernah menjawat jawatan Ketua Panitia,hy Setiausaha Panitia shj,tidak pernah ajar Tahun 4 dan 5,tidak pernah ajar kelas Thn 6 (UPSR),tidak pernah membuat Kajian Tindakan Berasaskn Sekolah,tidak mahir ikut prosedur mesyuarat,hanya baru setahun jagung jadi GPK Ko-Ku di sekolah yang sama,tidak pernah laksanakan Kemahiran Proses Sains...hanya chalk & talk shj sepjg beliau mengajar Sains,beliau juga adalah bekas guru biasa di sekolah yang sama yg tidak pernah mengendalikan aktiviti/program berasaskan kurikulum...tetapi pelik beliau dilantik jadi GPK1 (atas sokongan yang kuat dari GB). Soalan saya ialah adakah dlm perkhidmatan perguruan, sesiapa sahaja boleh menjawat jawatan pentadbiran sekolah walaupun tiada latarbelakang pengalaman yang kukuh,jika Guru Besar suka,maka itu lebih baik untuk kemajuan sekolah secara menyeluruh...that means performance has nothing to do with us,it's up to GB lah suka atau tidak suka sepanjang saya berkhidmat...is it true? KPM Putrajaya has nothing to do with it? no solid evaluation at all before taking someone to be GPK1? Do we as little teachers must accept even though deep in our hearts it's the beginning of a hell...facing the moody female GB and female GPK1...history in our school is being repeated because my GB also coming from this school as she was an ordinary teacher several years ago...pls help ( answer and action ) Tq.

Cikgu Rizal said...

SBPA dan skim gaji sebaris telah pun diperkenalkan dan dilaksanakan oleh kerajaan. Tahniah kepada NUTP dan CUEPECS kerana berjaya dalam perjuangan untuk mewujudkan sistem gaji sebaris yang lebih adil walaupun terdapat beberapa isu.
Namun bagaimana pula dengan janji Perdana Menteri dalam sambutan Hari Guru 2011, tentang kenaikan pangkat Pengetua DG48 ke DG52 dan Guru Penolong Kanan DG44 ke DG 48 (Gred mengikut SMM) menjelang Januari 2012. Apakah masih dan akan atau dalam proses perlaksanaan atau pun sepi tanpa berita kerana sensasinya SBPA. Harap pihak NUTP boleh merisik-risik khabar dari KPM.


Ahli :0600140646

MatRos71 said...

Puan SUA,

No. Ahli : 03-00241461

Maklumbalas KPM kepada NUTP membuktikan bahawa memang KPM buat-buat tak faham tentang anamoli gaji guru-guru DGA29/DG41.

Cuba Puan SUA bawa berbincang dengan KPM dalam kes ini KPM perlu fokus kepada skop guru-guru DGA29/DG41 sahaja. Yang ruginya kami bukan mereka dari gred DGA32/DG41. Jangan nak buat perbandingan yang sama rata golongan kami dengan golongan DGA32/DG41 yang dah terlebih untung. Senioriti kami di gred DG41 dan pengorbanan kami lebih awal sambung belajar dan lebih awal dilantik ke DG41 ada pada tahun ke 8 dan ada pada tahun ke 9 di DGA29 perlu diambilkira.

Puan SUA dan KPM sendiri pernah mengatakan dalam kes ini tidak ada yang rugi cuma ada yang untung besar dan ada yang untung kecil. Persepsi ini jauh menyimpang dan memang tak betul sama sekali.

Tolong teliti apa yang nak saya perkatakan ini. Golongan kami tak dapat DGA32, gaji kami terbantut, penyelarasan hanya dapat 15% bertambah terbantut, 2012 timebased dikurangkan kepada 8 tahun gaji kami terus-menerus terbantut walaupun diambilkira 7+3 atau 8+2, tukar kepada SBPA bertambah lagi jurang kerugian tangga gaji kami.

Dalam kes ini selagi golongan kami tidak diberi kenaikan khas tangga sekurang-kurang 3 kenaikan tangga minima atau sepatutnya lebih lagi maka tak adanya istilah untung bagi golongan kami ini.Jurang tangga gaji kami hampir mencecah RM 1000 ketinggalan berbanding golongan junior DGA32/DG41, bukannya RM 10 atau RM 50 akan tetapi RM 1000.

Kenaikan dari DGA32 ke DG41 sudah cukup jauh meninggalkan tangga gaji kami dari DGA29 ke DG41 walaupun kami lebih senior di gred DG41. Jadi bila naik ke gred DG44, gaji golongan ini semakin jauh meninggalkan kami kerana tangga gaji mereka sudah cukup tinggi, begitulah kenaikan ke gred seterusnya. Tak ada sebarang peluang untuk kami mengejar tangga gaji golongan DGA32/DG41 ini. Cuba Puan SUA selidik betul-betul samada benar atau salah apa yang saya perkatakan ini. Satu lagi memang tak masuk dek akal ada ke patut guru DGA32 dilantik ke DG41 sebelum tarikh kelulusan temuduga, memang pekeliling SPP cukup haru-biru, dah nyanyuk kot.

Di sini dapat saya simpulkan bahawa KPM memang sengaja nak wujudkan 2 golongan iaitu kalau awal untung akhir pun untung akan tetapi ini yang menyedihkan b agi golongan kalau awal dah rugi, di pertengahan pun rugi dan akhirnya pun terus-menerus rugi.Tapi kalau KPM tetap berpendapat ada untung maka itu hanya retorik kpm dan JPA sahaja dan sah memang failed matematik sebab tak tahu nak kira untung atau rugi.

Kami lebih memahami akan masalah yang sekian lama kami hadapi.Kami cukup hairan mengapa KPM dan JPA sengaja tidak mahu menyelesaikan ini. Sepatutnya mereka yang rugi dibela, agar hak mereka diadili dengan sewajarnya bukan apa yang sedang berlaku sekarang ini.

Lebih-lebih lagi penangguhan SBPA menguatkan lagi hujah kami bahawa apa jua penambahbaikan KPM dan JPA kononnya merupakan langkah untuk menguntungkan satu pihak dan merugikan satu pihak yang lain. Di sini tidak wujudnya semangat 1 Malaysia yang diwar-warkan. Sepatutnya yang senior didahulukan dan yang junior tu kenalah tunggu giliran, baru adil kepada semua pihak yang rugi.

Renung-renungkanlah apa yang telah saya perkatakan di atas dan mohon respon segera daripada Puan SUA, TQ....

Setiausaha Agung said...

Sdr/ sdri bunga,

Ya, boleh memohon.

Setiausaha Agung said...

Sdr sir picaso,

Sila kemukakan nama sekolah @ hantar ke mail@nutp.org

Setiausaha Agung said...

Sdr Cikgu Rizal,

Ya, jawatan hakiki akan ditawarkan. Diharap bersabar.

Setiausaha Agung said...

Sdr MatRos71,

Ya, Pihak KPPK akan bincang perkara ini semula dengan KPM.

William Koh said...

Salam Puan SUA,
Bagaimanakah ceritanya dengan guru senior ysng mempunyai ijazah master dan phd. Dalam semakan semula SBPA sesuatu harus dilakukan. Ya, diharap pihak KPPK jangan mengecewakan kami lagi.

Sekian terima kasih.

mk san said...

mk san
Terima kasih kepada pihak NUTP kerana memahami masalah kami guru2 ni..saya merayu kepada pihak nutp agar membela nasib kami DGA29 yang di lantik ke DG41..
Selagi nasib kami tidak terbela dan adil, selagi itulah kami rasa kecewa dengan pihak kementerian..dalam skim SBPA ini juga saya telah rugi sebab saya berada dalam kategori senior,namun gaji hampir sama dengan junior 3 tahun di bawah saya..
Jurang gaji antara saya dengan mereka yang tidak sambung belajar(DG32) sangat tinggi..
Apa kata kumpulkan tandatangan semua guru2 yang teraniaya ini..hantar kepada menteri pelajaran..supaya mereka tahu masalah ini dan selesaikan secepat mungkin...kita mahu keadilan..
terima kasih

harapan said...

Puan SUA,
No.Ahli 88654
Saya amat amat setuju dengan sdr MatRos71. Golongan Dg29/41 menunggu lebih dr 8 tahun untukl menyelesaikan isu ini. Ttp yang dapat untung adalah junior.Dari semua aspek golongan dg29/41 masih jauh ketinggalan belakang dari segi kenaikan pangkat, gaji.Setiap kali PnSUA akan beritahu masih berbincang dengan pihak KPM dan JPA. Berbincang 8 tahun?Banyak isu Pn telah selesaikan.TOLONG SELESAIKAN ISU DG29/41 atau isu ini dihapus kira? Terima Kasih.

Setiausaha Agung said...

Sdr William Koh,

PHD Master akan diberi 10% markah tambah dalam urusan kenaikan pangkat.

Setiausaha Agung said...

Sdr mk san,

Diharap bersabar.
Perkara ini masih dalam tindakan KPPK.

vikram sudakkhar said...

Saya setuju dengan saudara sir picaso yang meluahkan perasaan tentang pelantikan GPK di sekolah rendah yang dibuat oleh JPN khususnya di Pulau Pinang yang main hentam keromoh asalkan ada guru DG32 yang boleh isi kekosongan. Perlu diadakan suatu jenis saringan dan membuka permohonan kepada guru-guru yang berminat sahaja untuk memegang jawatan GPK dan GB.Ini secara langsung akan meningkatkan mutu pentadbiran sekolah rendah pada umumnya dan guru-guru akan lebih menghormati GPK dan GB yang dilantik kerana mereka dari golongan yang berpengalaman dan tahu tugas mereka.Disamping itu dasar yang memberi keutamaan kepada pegawai DG32 yang sudah ketandusan adalah satu proses kenaikan pangkat yang langsung tidak adil dan berat sebelah di sekolah rendah di seluruh Malaysia. Kenapa GRED JAWATAN menjadi batu penghalang kepada proses kenaikan pangkat. Bercakap tentang tansformasi pendidikan adakah guru yang telah berusaha melanjutkan pelajaran terus ditindas tanpa diberi peluang kenaikan pangkat yang setimpal khususnya di sekolah rendah. Saya mencadangkan supaya NUTP dengan kadar segera membawa isu ini supaya guru-guru DG41 di sekolah rendah yang berkelayakan dari segi jangkamasa perkhidmatan atau senioriti diberi layanan yang adil supaya mereka dapat membawa perubahan yang mantap bersama rakan rakan DG32 yang lain.

Setiausaha Agung said...

Sdr/ Sdri harapan,

Semua isu ini telah dikemukakan kepada Task Force SBPA untuk penambahbaikan. Pihak KPPK akan berjuang untuk isu ini.

Harap maklum.

William Koh said...

Puan SUA, adakah pihak KPPK mempertimbangkan kes mereka yang tidak mhukan pangkat? Kami rasa lebih berpatutan jika diberikan imbuhan kenaikan gaji agar tidak teraniaya. Ini disebabkan berapa banyak sangatlah peluang kenaikan pangkat yang sedia ada untuk pemegang ijazah Master dan PhD. Tidakkah pihak KPPK sedar bahawa ada di antara ahlinya yang telah membuat pelbagai pinjaman untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat ini dan kini sedang dibebani dengan hutang-hutang tersebut. Segala perbelanjaan dan pengorbanan yang dicurahkan seolah-olah tidak diketahui. Ini mungkin disebabkan hakikat guru-guru ijazah lanjutan ini adalah orang yang berfikiran rasional dan rendah diri seperti 'pokok padi yang makin tnnduk apabila semakin berisi'. Tapi memanglah harapan sebahagian besar agar pengorbanan mereka diketahui dan sekurang-kurangnya diberi pengiktirafan melalui pemberian sedikit imbuhan.
Harap KPPK dapat memperjuangkan impian kumpulan minoriti ini dan janganlah dipandang sambil lewa sahaja dengan memberikan jawapan bahawa sudah memadai dengan pemberian tambahan 10% markah kenaikan pangkat. Kami amat berharap pihak KPPK dapat merealisasikan agenda untuk menjadikan profesion perguruan sebagai satu profesion yang disegani kerana ilmu ahlinya yang tinggi sehinggalah ke masters dan PhD. Terima kasih.

money said...

Terima kasih Pn. SU kerana masih berjuang untuk keadilan guru 29/41. Disini saya ingin maklumkan bahawa guru-guru yang telah mengajar lebih dari 20 tahun ke atas dan dinaikkan ke DG 41 sebelum 2007 adalah golongan yang paling rugi. Kami tidak ada peluang kenaikkan pangkat ke PK atau Gb sebab dah masuk 41 tetapi golongan yang junior baru 9 atau 10 tahun pengalaman telah dinaikkan pangkat. Dimana seniorit? bukan sekadar itu tak tahu mentadbir jadi pandai mengarah sahaja. Tolong kami dari segi senioriti gaji serta kenaikkan pangkat diSek. Ren. Kami yang tinggal sisa sisa tahun mengajar antara 4 hingga 5 tahun tiada peluang naik pangkat walaupun ada pengalaman 30 tahun mengajar, nak nikmati DG 48 tiada harapan sebab tidak cukup 8 tahun dalam DG 44. Cadangan : golongan 29/41 yang rugi boleh dipertimbangkan untuk DG44 selepas 7 tahun dan mungkin 5 tahun dalam DG 44 untuk mendapat DG 48. Memang puan SU tidak akan setuju tetapi dalam jabatan lain ia boleh diterima. Sekurang-kurangnya pertimbangkan kami untuk kenaikkan pangkat di sekolah rendah. Harap yang ada masters diberi hadiah kenaikkan gred atau gaji. Tidak berbaloi menaikkan taraf diri sendiri tetapi tidak dihargai oleh kerajaan . Harap respon Tq.

Setiausaha Agung said...

Sdr Nahar,

Pelantikan DG41 tidak dapat dilaksanakan kerana KPM sedang menunggu warant dari JPA.

Harap maklum.

Setiausaha Agung said...

Sdr money,

Ya, kekanan diberi keutamaan dalam SBPA. Isu ini perjuangan NUTP.