Thursday, September 2, 2010

Penilaian Tahap Kecekapan (PTK)

Saudara / Saudari,
Sila beri pandangan bagaimana cara kita boleh memantapkan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) dalam sektor awam khasnya untuk guru.

19 comments:

moghan said...

no ahli 115062

Pn Su,

Kaedah Penyelarasan Gaji Kenaikan Pangkat Dg41 Ke Dg44.

Merujuk kepada pekeliling perkhidmatan Bil 7 Tahun 2010 anjakan gaji tidak menepati pekeliling ini. Selepas penyelarasan gaji didapati terdapat penambahan gaji senyak rm500.00 Disertakan dengan catatan * ** penyelarasan kepada matagaji Baru berikutan pemberian Kenaikan gaji kepada Pegawai Perkhidmatan Awam mengikut pekeliling Perkhidmatan Bilangan 7 tahun 2007.***
Contoh Kaedah penyelarasan ini merujuk kepada Pekeliling perkhidmatan Bil 7 tahun 2007..Lampiran B6
Tetapi penyelarasan ini tidak dibuat untuk kenaikan pangkat Dg41 ke Dg44.

Sila rujuk pekeliling tersebut dan berikan penjelasan.
terima kasih.

mariam said...

Pn. Su,

Bagaimana nak pohon pensyarah IPG? Perlu ada master?

ewe said...

Saya berharap NUTP dapat berjuang supaya guru-guru yang sudah berumur lebih daripada 45 tahun dikecualikan menghadiri kursus induksi sebelum dapat disahkan.
Kena tunggu lama sebelum dipanggil untuk kursus induksi memandangkan perlu peruntukan. Adakah pergerakan gaji seorang pegawai kerajaan yang belum disahkan jawatan selepas tiga tahun akan dibekukan? Kelulusan tapisan keselamatan juga lambat diluluskan.Semua ini menjejaskan pengesahan jawatan.

Mamat said...

PTK susah nak lulus
peluang 2 kali sahaja untuk mendapat
anjakan gaji amatlah tidak adil
dan tidak praktikal
Kerana guru sentiasa ingin memajukan tahap
prestasinya walaupun tak lulus PTK

Mamat said...

Ptk tidak adil
peluang diberi hanya 2 kali untuk anjakan gaji..
Sedangkan prestasi guru sebenar bukan pada peperiksaan tetapi pada pelaksanaan tugas

Mamat said...

PTK tidak adil
peluang lulus cemerlang hanya diberi 2 kali untuk anjakan gaji
prestasi guru bukan terletak pada ujian tetapi pada tugas yang diamanahkan

steven said...

No ahli : 11-00229257

Pn Su,

Pertanyaan tentang Ahli NTUP yang telah tukar balik ke sarawak, masih sah sebagai ahli NUTP?

Sebabnya, hari ini saya telah menyertai STU di sarawak. Dan ahli-ahli STU menyatakan bahawa NUTP tidak sah di sarawak.

vikram sudakkhar said...

Akhirnya berjaya juga hasrat untuk menempatkan guru-guru Melayu untuk memegang jawatan GB dan PK1 di SK. Syabas ! satu usaha yang tersirat.

money said...

Saya dilantik keDG29 pada 1/5/1980. Di lantik ke DG 41 pada 2/1/2004. Bilakah saya layak memohon DG 44. Tolon bantu saya.

fatcat said...

Pn. s/u,

Saya mula berkhidmat 1987. Mungkin nasib saya sentiasa malang. Bila memohon C2 selepas lulus STPM, SPP memberitahu semua lantikan dibekukan sebab akan tukar skel B08 dan B10. Itu cerita lama.

Tamat PJJ 2006. Dipanggil interview Jan 2008. Dalam portal SPP lulus dan surat tawaran bulan Mac tetapi hanya terima suratnya bulan Nov sebab surat tercicir. Lulus PTK dan dapat anjakan gaji tetapi ditarik balik sebab tarikh lantikan DG41 (1 Julai 2008) awal daripada tarikh pergerakan gaji. Lepas itu selepas 1 tahun (Julai 2009)hantar borang minta pengesahan jawatan. Selepas 2 bulan (Sept 2009) diberitahu mesti dapatkan kelulusan tapisan keselamatan. Tapisan keselamatan ambil masa hampir 11 bulan. August 2010 hantar semua dokumen dan ingat sudah beres. Hari ini diberitahu permohonan dikuiri sebab tidak ada kursus induksi.
Pn. S/U bukankah kami yang dilantik sebelum 1992 dan telah lulus peperiksaan am kerajaan dikecualikan daripada kursus induksi?
Saya disuruh telefon balik hari Isnin atau Selasa depan sebab permohonan saya telah ditolak dan telah dihantar balik ke JPN dan mereka akan cuba dapatkan borang saya semula dan akan menilai balik.
Saya telah berkhidmat 24 tahun dan perkara begini amat memberikan kesan negatif pada diri saya. Sungguh sedih.
NO. AHLI KPPK : 10-00168948

money said...

Saya dilantik keDG29 pada 1/5/1980 Di lantik ke DG 41 pada 2/1/2004. Bilakah saya layak memohon DG 44. Tolong bantu saya.

Setiausaha Agung said...

Sdri. Nurma,
Sila kemukan surat secara rasmi ke Ibu Pejabat KPPK. Pihak KPPK akan rayu ke Kementerian Pelajaran Malaysia.

Setiausaha Agung said...

Sdri. bunga,
Sila kemukakan butiran Sdri secara terperinci supaya pihak KPPK dapat bantu.

Setiausaha Agung said...

Sdri. bunga,
Sila kemukakan butiran Sdri secara terperinci supaya pihak KPPK dapat bantu.

Setiausaha Agung said...

Sdr. scpuang,
Sila kemukakan surat rasmi ke Ibu Pejabat KPPK supaya kita dapat bantu kes Saudara.

Setiausaha Agung said...

Sdr. zaki69,
Sila kemukakan aduan secara rasmi supaya pihak KPPK dapat bantu. Terima kasih juga atas makluman Sdr.

vikram sudakkhar said...

Apakah gred yang ditawarkan oleh KPM untuk guru-guru yang memperolehi kelulusan PHD.

vikram sudakkhar said...

Apakah gred yang ditawarkan oleh KPM untuk guru-guru yang memperolehi kelulusan PHD.

money said...

Pn SU, Kami guru guru di Perak dipaksa membeli diary dengan harga RM 18 sebagai dana untuk menganjurkan MSSM. Ada adil kami guru dijadikan mangsa? Adakah wajib kami beli? Jika tidak boleh ke GB ambil tindakan? tolong jawab segera sebab kena bayar cepat.