Tuesday, August 3, 2010

Maklumbalas

Untuk Makluman Ahli-Ahli NUTP,

Setiap cadangan dan pandangan yang ingin di sampaikan hendaklah mengemukakan No AHLI NUTP sebagai rujukan.Sekian, Harap Maklum.

82 comments:

mariam said...

No. ahli 72542

Saya seorang guru t4/5 yang telah pohoh guru T6 pada tahun 2008. Saya diberitahu oleh JPN bahawa saya perlu berusaha untuk mengajar T6 sebelum dilantik. Sepatutnya selepas permohonan, dishort list dan dipanggil untuk temuduga bagi mengisi kekosongan yang wujud. Pn. SUA, apa sistem diguna sekarang.

William Koh said...

Buka lembaran baru.
Isu 1: Bilakah para sarjana dan Kedoktoran akan mendaapat imbuhan. Perkara ini sudah lama diperbincang dan diulang bincang, namun apa habuk pun tak nampak. Ramai guru yang melanjutkan pelajarn amat 'frust' dengan tindakan sedemikian. Padahal kalau di swasta, gaji mula pun lebih tinggi dengan kelulusan sedemikian. Adakah pihak Kementerian sendiri tidak mengiktiraf kelulusan sedemikian di Malaysia. Cukup menghairankan.

Soalan 2: Cuti tanpa rekod tidak boleh dipohon untuk menghadiri kuliah dan bengkel khas seperti seminar yang berkaitan dan sebaginya, jadi apakah logiknya diberi secara 'kertas' sahaja pekeliling untuk 30 hari cuti tanpa rekod. Indah khabar dari rupa sahaja. Baik tak payah susah-susah buat pekeliling....kan begitu.

Harap pihak NUTP beri perhatian penuh kepada dua isu ini.

William Koh said...

Puan Lok yang saya hormati,
Saya rasa amat terkilan apabila Puan menyatakan bahawa mereka yang melanjutkan
pelajaran secara sambilan adalah layak untuk memohon cuti tanpa rekod untuk
mengikuti pengajian tetapi ini bukanlah realiti seperti mana yang diwarwarkan.
Apabila saya memaklumkan kepada Gurubesar, beliau menyatakan ini adalah mengikut

surat kelulusan dari JPN Pulau Pinang. Dengan ini saya sertakan surat tersebut
untuk tatapan dan perhatian Puan.
Saya juga amat sedih kerana diminta memohon cuti rehat untuk mengikuti kuliah
pada hari Sabtu ini (7-8-2010) kerana ia dijadikan hari persekolahan untuk
mengganti cuti Deepavali.


Cuti tanpa rekod memang tidak dapat digunakan langsung walaupun disenaraikan
dalam pekeliling. Jadi apakah gunanya klausa tersebut? Cuma untuk peperiksaan
sahaja ! Itu mungkin 2 hari sahaja. Bukannya sengaja nak ambil Cuti Tanpa Rekod
tetapi kadang-kadang terdesak dalam saat-saat seperti diadakan hari persekolahan

gantian seperti kes di sekolah saya ini.

Harap Puan dapat memanjangkan persoalan ini kepada pihak yang lebih prihatin.

Perkara kedua: Bilakah pula masanya akan dapat imbuhan bagi lepasan ijazah lanjutan. Walaupun KPPK ada memberi ganjaran sebanyak RM100 dsb. namun pihak JPA seoah-olah tidak memandang langsung kelulusan pihak guru yang begitu tinggi dan sanggup bekerja bertungkus lumus demi kemajuan anak didiknya. Sudah lama berkurun lamanya, ditunggu agar secebis penghargaan dapat diberikan kepada para guru yang melanjutkan pelajaran ke peringkat tersebut. Jika tidak janganlah diberikan kelulusan untuk sambung belajar kerana akan diketawakan oleh guru-guru lain. Beginilah senarionya dalam bidang pendidikan, kalau dalam jabatan lain, kenaikan pangkat lebih cepat apatah lagi kalau di pihak swata kenaikan gaji yang berlipat ganda diberikan kepada mereka yang dianggap intelektual dan dapat membawa anjakan paradigma yang amat memanfaatkan organisasi. Mengapa pemikiran sebegini tidak wujud dalam arena organisasi pendidikan. Rata-rata dilihat kebanyakan guru seperti ini dapat memberikan input dan cadangan yang lebih konstruktif dalm mendidik anak bangsa melalui pendedahan mereka semasa mengikuti ijazah lanjutan mereka. Mereka lebih mengetahui tentang perkembangan semasa di luar berbanding dengan yang lain. In adalah hakikat dan bukannya untuk mendabik dada. Namun sedihnya, perjuangan untuk mendapatkan imbuhan masih kabur lagi. Diharap pihak NUTP dapat berbuat sesuatu segera.

Terima kasih.

Terima kasih.

Admin said...

Pn SUA saya telah berkhidmat selama 22 tahun sebagai guru dan telah melanjutkan pelajaran sehingga MA ED. Saya masih berada dalam gred DG41. Boleh kah guru-guru yang sama kelayakan seperti saya memohon ke IPG kerana saya diberitahu kami kena masuk DG44 untuk memohon ke IPG. Inginkan penjelasan dari puan. Trima kasih.

Setiausaha Agung said...

Sdr. kk tan,
Sila kemukakan surat rasmi berserta dokumen supaya pihak KPPK dapat bantu.

Setiausaha Agung said...

Sdri. mariam,
Sila kemukakan no. telefon Sdri. Setiausaha Agung ingin bincang dan dapat maklumat tambahan berkaitan masalah Sdri.

MATROS71 said...

Puan SUA,

No. Ahli : 03 - 00241461

Merujuk kepada apa yang diperkatakan oleh saudara Azman dan apa yang direspon oleh Puan SUA, bagaimanakah pula dengan isu terkini tentang perlantikan guru PJJ ke DG41 di belakangkan ke tahun 2008 walaupun menghadiri temuduga perlantikan pada 2009.

Perkara ini telah saya rujuk kepada pekeliling yang dikeluarkan oleh SPPM beberapa bulan yang lepas.

Mohon agar Puan SUA rujuk kembali kepada pekeliling tersebut dan beri penjelasan yang lebih telus kepada kami yang dilantik ke DG41 antara tahun 2000 hingga 2004 terutama bagi tahun 2004 di mana kami adalah golongan pertama guru DG41 yang ditempatkan di sekolah rendah. Jika ianya memang tidak adil jadi adil-adilkan isu ini bagi golongan kami ini.

Respon segera, TQ.

Setiausaha Agung said...

Sdr. vikram sudakkhar,
Ya, untuk memohon ke IPG jawatan Pensyarah, syarat utamanya Sdr. perlu berada dilantikan DG44 dan mempunyai sarjana.

siti said...

Pn. SUA

Jika seorang guru sambung belajar dengan cuti belajar separuh gaji selama tiga tahun, adakah masa cuti belajar separuh gaji dikiran dalam formula 7+3 ke DG44. Adakah masa tiga tahun dikira sebagai satu tahun diatas DG41 atau 1/2 tahun diatas DG41?

William Koh said...

Salam sejahtera Puan SUA,
Baru-baru ini kedengaran desas-desus bahawa guru yang mempunyai ijazah lanjutan akan diberikan pergerakan atau anjakan gsji? Ini sebenarnya telahpn diumumkan oleh TPM semasa Hari Guru. Tapi setakat ini nampaknya cuma akan diberi kepada kakitangan di Kementerian sahaja. Apakah ijazah lanjutan mereka berbeza dengan apa yang kami peroleh? Mengapakah wujudnya 'double standard' dalam isu ini?
Harap minta penjelasan.

Warga guru senior.

money said...

Pn. SU, Saya dilantik ke DG 41 dari DG 29 selepas berkhidmat selama 24 tahun pada 2/1/2004. Saya diberitahu oleh kerani dan GB di sekolah, saya tidak layak memohon DG44 sehingga 2014. Saya berada disekolah baru mulai 15 Julai dan GB serta kerani kata saya tercicir untuk pohon DG44 dengan kaedah 7+3 pada tahun ini. Rakan saya lantikan 1/2/2004 telah memohan DG 44. Saya ingin tahu siapa harus saya hubungi jika saya telah tercicir dan bagaimana. Harap puan SU bantu

Setiausaha Agung said...

Sdr. MatRos,
Pihak KPPK hanya akan bersetuju selagi Kementerian Pelajaran Malaysia bersetuju dengan syarat yang KPPK kemukakan.

Setiausaha Agung said...

Sdr. Money,

Sila nyatakan tangga gaji pada 1.10.2002 DG41

Setiausaha Agung said...

Sdr. Shakespeare,

Untuk makluman Sdr. usaha tersebut masih diteruskan tetapi tidak boleh sekelip mata. Kini guru DG41 boleh memohon DG44/48 Guru Cemerlang. Begitu juga untuk urusan naik pangkat DG41 ke DG44 secara Time Based.

money said...

Pn SU saya beada di DG 29 pada tahun 2002 jadi macamana saya nak bagi tahu tangga gaji pada tahun 2002. Pada tahun 2/1/2004 saya berada pada T 11 DG 41.

money said...

Pn. SU kenapa kami guru guru lantikan tahun 2004 ke DG 41 menjadi mangsa. Kami yang grad pada tahun 2000 hingga 2001 dilantik pada 2004 segali gus tanpa mengira tarikh keputusan senat. Tapi sekarang guru guru PJJ temuduga bulan Julai 2010 tapi lantik DG 41 backdate ke September 2009. Dimana keadilan terhadap kami. Kamilah golongan guru senior yang menjadi mangsa segala perubahan gaji . Apakah komen dan tindakan puan atas masalah ini.

Setiausaha Agung said...

Sdr. money,

Pada tahun 2000-2001 memang tidak perlu tunggu kekosongan jawatan baru dilantik ke DG41. Selepas tahun 2005 kerana NUTP menuntut akhirnya JPA menawarkan DG41 kepada semua guru tanpa menunggu kekosongan jawatan.

ajoimeto said...

saudari SU memang tak faham masalah kami guru pjj 29/41. tamat 2001/2002 lantik 2004. tapi guru sekarang dilantik ikut tarikh tamat. kenapa selalu berbeza2, pekeliling mengenai guru. ini menyebabkan ada guru yang tertindas dan kerugian.nutp hanya memandang satu masalah aje tanpa melihat masalah yang akan diterima oleh sebahgian guru lain...alangkah peliknya...

Setiausaha Agung said...

Sdr. Wang,
Kalau tidak silap guru ini layak pada tahun 2011.
1984-1988= 4 tahun Ex-PPPLD= 1 tahun pengalaman mengajar
DG44=2005= 5 tahun + 1 tahun= 6 tahun.(Kalau tanggagaji DG41 pada 1.1.2002 adalah P1T17-P1T15).

MOHD ZUBIR BIN AWANG said...

Saya mohon NUTP kaji berita dari Harian Metro ini . Jika perlu saman HM demi nama baik GURU MALAYSIA.

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Gurudisiplinpromosiubatseks/Article


cg Terengganu

Setiausaha Agung said...

Sdr. zubir,

Mohon maaf. Pihak KPPK tidak dapat saman wartawan kerana Akta memberi hak untuk mereka menulis tanpa menyebut nama seseorang individu. Pihak KPPK akan hantar surat menyuarakan ketidakpuasan hati pihak guru.

pearl52007 said...

G.L.Tan
No.ahli 153040
Saya guru pjj DG29/41. Graduat Thn2001,lulus temuduga thn 2002.Lantikan thn 2.1.2004 dan sedang menunggu DG44 thn 2011. Walaupun dinaikkan DG44 nanti,gaji masih rugi.Nampaknya kaedah 7+3 hanya untuk semua guru PPLD ke siswazah, termasuk DG32/41 di mana mereka sudah pun menerima keuntungan demi keuntungan.Saya ingin memohon prihatinan wakil KPPK supaya mengecilkan skop dahulu untuk mengatasi gaji semua guru DG29/41 lantikan sebelum kenaikan gaji 25% pada Julai 2007 yang mengalami kerugian.Terima kasih kpd KPPk kerana telah bersusah payah membela nasib guru.

MATROS71 said...

Puan SUA,

No. ahli 03-00241461

Merujuk kepada respon Puan SUA kepada sdr Money pada 28 Ogos 2010, bagaimana pula kami yang dilantik ke DG41 bermula Januari/Februari 2004 dan dikekalkan penempatan kami di sekolah rendah yang mana kes ini tak perlu menunggu kekosongan jawatan DG41.

Tak bolehkah tarikh lantikan kami di belakangkan sama seperti kes yang berlaku sekarang ini.Apa-apa pun ketidakadilan terus berlaku di mana siapa yang lebih lewat sambung belajar adalah lebih menguntungkan. Adakah ini suatu yang relevan dari sudut pandangan NUTP. Mana pendirian sebenar pihak NUTP dalam kes ini yang terus terima bulat-bulat tentang perubahan pekeliling yang semakin tidak masuk akal.

Boleh tak pihak NUTP perjuangkan dan memanjangkan kes ini kepada kumpulan kami, agar golongan kami tidak terus menerus mengecapi kerugian.

Respon segera, tq

MATROS71 said...

Puan SUA,

No. ahli 03-00241461

Sekarang saya ada dengar khabar-khabar angin yang mengatakan DG41 yang akan dilantik ke DG44 pada tahun 2011 akan menggunakan formula 7 tahun (4+3) bukannya 10 tahun (7+3). Sekiranya ini benar, maka sememangnya pihak KPM nak membunuh semangat kami, guru-guru yang lebih senior sambung belajar dan sampai sekarang terus menerus berada dalam kelompok yang rugi di mana formula 7+3 langsung tidak memberikan keuntungan kepada golongan kami.

Bertindaklah dengan perubahan yang ingin dilakukan dengan kewarasan yang tinggi dan jangan hentam keromo sahaja. Belalah nasib kami yang lebih senior kerana kini maruah kami semakin tercabar di mana guru-guru yang lebih berpengalaman mengecapi gaji yang lebih murah berbanding dengan guru-guru yang lebih junior.

Mohon respon segera, tq

dayu said...

Pn SUA,
saya kurang faham rasionalnya guru hanya dibenarkan mengambil PTK utk 2 kali shj? Masa PTK mula diperkenalkan, semua guru perlu mengambil peperiksaan tersebut, skg guru dihalang mengambilnya pula?
keputusan keseluruhan PTK kali ke-2saya adalah B (kertas 1=B, kertas 2=A), adakah itu sahaja prestasi PTK saya utk tahun-tahun seterusnya?

Yatie1810 said...

Norhayati
No ahli : 06-00120527

Saya guru keciciran DG 29/41. Antara rasa kecewa, dihina kerana sambung belajar tapi gaji rendah dan kerugian yang makan masa bertahun dah...
Bila saya layak mohon utk DG 44.
1997-2005 - DGA 29
2005- sekarang - DG 41.

Harap Pn. Sua dapat beri penjelasan...

siti said...

Jika seorang Pengetua bersara pada bulan julai. Adakah prestasi guru dibuatnya atau pengetua baru.

Cikgu Md Zaidi said...

Mohon NUTP risik tentang keputusan Time-Based DG32 untuk negeri Johor.Berbanding dengan beberapa negeri lain Johor masih ada tanda-tanda ada keputusan.

AZLAN said...

TIMEBASED DGA32 2010
NO AHLI 06-00155246
Surat kelulusan untuk timebased DGA32 2010 masih belum diterima sedangkan tarikh lantikan pada bulan julai.Saya telah menelefon JPN Pahang dan KPM tetapi jawapan yang dikemukakan belum bermesyuarat sedangkan guru2 di Kelantan dan Kedah telah menerima surat tersebut.Mohon bantuan dari pihak KPPK untuk menyelesaikan masalah ini.

Setiausaha Agung said...

Sdr. MatRos71,

Sila abaikan segala khabar angin daripada luar melainkan ianya disahkan oleh KPPK.

Setiausaha Agung said...

Sdr. MatRos71,

Secara teknikal memang tidak boleh ubah balik ke tarikh sebelum tahun 2005 kerana Jabatan Perkhidmatan Awam hanya luluskan geran pada 2005. Namun demikian, pihak KPPK dalam proses kemukakan kertas kerja ambilkira guru senior untuk ke gred DG48.

Setiausaha Agung said...

Sdri. pearl52007,

Pihak KPPK sedang bertindak. Kertas Kerja sudah disiapkan. Cadangan untuk mempercepatkan kenaikan pangkat kumpulan DGA29/41.

Setiausaha Agung said...

Sdr. moghan,
Pihak KPPK tidak jelas mengenai beza gaji RM500. Sila jelaskan.

Setiausaha Agung said...

Sdri. Yatie1810,

8 tahun bersamaan 2 tahun pengalaman Ex PPPLD
(2005 + 7 tahun = 2013)
Sdri. layak memohon pada tahun 2013.

Setiausaha Agung said...

Sdr. Lim,

Kertas Kerja sudah siap. KPPK kemukakan cadangan kepada minta minggu ini.

Setiausaha Agung said...

Sdr. Azlan,
Sila kemukakan butiran terperinci seperti Nama, No. K/P, Tarikh Lantikan DGA29 untuk semakan pihak KPPK.

Setiausaha Agung said...

Sdr/Sdri order aje,
Terima kasih atas ulasan Sdr. pihak KPPK ambil maklum mengenainya.

Setiausaha Agung said...

Sdri. mariam,
Ya, Sdri. perlu ada Master dan berada di DG44 untuk memohon jawatan Pensyarah.

Anti Huruhara said...

Saya ahli NUTP sejak 1995 (jika tak silap) Kad keahlian @ apa-apa rujukan untuk nombor keahlian dah tiada dalam simpanan. Di mana saya boleh buat semakan?

izzah said...

No Ahli: Tak Ingat
Minta tolong apa status saya, adakah saya masih ada harapan?
Saya mengajar Tingkatan 6 pada tahun 2004, 2005, 2006, 2008 dan 2009. Memohon guru Tingkatan 6 bagi Fasa 2. Saya juga pemeriksa kertas STPM dari tahun 2008 hingga sekarang. Bagi tahun 2010 saya enggan mengajar ting 6 kerana bebanan sbg Ketua Panitia dan guru Tingkatan 3 dan 5. Saya risau jika saya tidak mengajar tingkatan 6 maka peluang saya akan tertutup, tolong puan setiausaha bantu saya mengetahui status/peluang saya. No telefon: 0195751152. Terima kasih.

lee said...

no ahli 02-00236344

Puan SUA,apakah perkembangan terkini isu DGA29/41. apa yang saya faham ada kategori guru yang boleh NUTP merayu dengan bhg sumber Manusia. Macam saya menerima lantikan DG41 pada 3/3/2006 manakala 1/7/2006 baru lah genap tempoh 10 tahun untuk time base 32 dan telah lulus PTK.
adakah saya termasuk dlm kategori yg Pn SUA nyatakan? TQ

Setiausaha Agung said...

Sdr. mamat,
Untuk makluman Sdr. pihak KPPK berpandangan bahawa pihak Kerajaan harus mengkaji semula sama ada PTK masih relevan atau perlu dipermudahkan untuk semua pihak.

Setiausaha Agung said...

Sdr. lee,
Pihak KPPK telah kemukakan kertas kerja baru memohon beri fast track untuk kumpulan guru senior yang sentiasa rugi.

Setiausaha Agung said...

Sdr. steven,

Sdr. boleh jadi ahli bersekutu KPPK dan juga menyertai STU.

Setiausaha Agung said...

Sdri. izzah,
1. Peluang mengajar Tingkatan 6 ditangan Pengetua.
2. Pencalonan kenaikan pangkat di Tingkatan 6 pun ditangan Pengetua. Harap dapat berbincang dengan Pengetua.
3. Sdri. perlu mengajar Tingkatan 6 untuk ke gred lebih tinggi secara fast track.

Setiausaha Agung said...

Sdr. lee,
Sila kemukakan surat rasmi beserta dengan dokumen supaya pihak KPPK dapat bantu.

Setiausaha Agung said...

Sdr/Sdri. Anti Huruhara,

Boleh semak semula no. Keahlian sama ada di cawangan tempat Sdr/Sdri. mendaftar keahlian atau di Bahagian Keahlian KPPK Ibu Pejabat KL.

nizam said...

No. Ahli: 11-00147261

Puan SUA,apakah perkembangan terkini isu DGA29/41. apa yang saya faham ada kategori guru yang boleh NUTP merayu dengan bhg sumber Manusia. Macam saya menerima lantikan DG41 pada 1/9/2008 manakala 17/1/2010 baru lah genap tempoh 10 tahun untuk time base 32 dan telah lulus PTK.
adakah saya termasuk dlm kategori yg Pn SUA nyatakan? TQ

Azman said...

Puan S/U,

Minta terangkan sedikit berkenaan fast track untung golongan yang sentiasa kerugian ini. kami juga ingin tahu apa yang KPPK mohon.

Azman said...

Puan S/U,

Minta terangkan serba sedikit berkenaan fast track tersebut. kami juga ingin tahu.

ArMaN SaNI said...

Pn SUA
saya minta penjelasan puan bila saya layak untuk memohon time based dg44

1995-2005- PPPLD DGA29
2005 hingga sekarang- DG41
Terimakasih Puan SUA

akuna12 said...

No. ahli 07-0013540

Adakah guru DG41 layak untuk memohon pembiayaan kelab rekreasi dan sukan seperti pekeliling perbendaharaan bil.7 tahun 2007?

Jika layak, mengapa ramai guru kurang memohonnya? Adakah kerana tidak mengetahui mengenainya?

http://www.treasury.gov.my/index.php?option=com_docman&task=cat_view&gid=106&limit=10&limitstart=0&order=2007&dir=DESC&Itemid=28&lang=my

akuna12 said...

No ahli : 07-00173540

Puan SU yang dihormati.

Saya cuma ingin mengetahui sama ada guru DG41 layak memohon Skim Pembiayaan Keahlian Kelab Rekreasi dan Sukan Bagi Kumpulan Pengurusan Tertinggi Serta Kumpulan Pengurusan dan Profesional. Pembiayaan ini dinyatakan dalam Pekeliling Perbendaharaan Bil.7 Tahun 2007 oleh Kementerian Kewangan.

Sekian, terima kasih.

Norrizan

Setiausaha Agung said...

Sdr. cikgu Md. Zabidi

Pihak KPPK telah menyemak kes Sdr. dengan pihak KPM dan dimaklumkan bahawa pihak KPM telahpun bermesyuarat dan keputusan akan diketauhi tidak lama lagi.

Setiausaha Agung said...

Sdr. vikram sudakkhar,

Sila berikan nama penuh, no. K/P & nama sekolah untuk semakan pihak KPPK.

Setiausaha Agung said...

Sdri. siti,

Markah LNPT akan dinilai oleh Pengetua bersama dengan laporan daripada PK.

Setiausaha Agung said...

Sdr. nizam,

Sila kemukakan surat rasmi berserta dokumen untuk pihak KPPK semak.

Setiausaha Agung said...

Sdr. azman,

Pihak KPPK akan beri jawapan pada minggu hadapan selepas berjumpa dengan Setiausaha Bahagian dan Ketua Setiausaha Negara.

Harap maklum.

Setiausaha Agung said...

Sdr. arman sani,

1995 DGA29
2005 DG42= 10 tahun bersamaan 3 tahun ExPPPLD

2005 + 7 tahun = 2012

Sdr. layak memohon pada siaran iklan penghujung tahun 2011.

Setiausaha Agung said...

Sdr. Wan Zamarizal Zainun,

Terima kasih atas cadangan Sdr. Pihak KPPK akan kemukakan ke Kementerian Pelajaran Malaysia semasa mesyuarat dengan Kementerian Pelajaran Malaysia.

Setiausaha Agung said...

Sdr. money,

DG41 2.1.2004 + 10 tahun = 2014
2014 - 3 tahun pengalaman Ex PPPLD
Secara amnya Sdr. layak pada tahun 2011.

zaki69 said...

Puan SU. Saya tak puas hati kerana cukai pendapatan dipotong sebanyak RM249 tanpa pengetahuan saya.Ada cikgu yang dipotong RM1900. Kata kerani, bulan 10,11 dan 12 tahun 2010 kena potong. Kata mereka, arahan dari pihak atasan.AG yang buat.Tahun lepas, saya dah isi e filing. Tak kena pun cukai.Ini satu penganiayaan. Bila sampai masa kita bayar la.. Bukan nak lari cukai...Harap majukan kepada kerajaan...

scpuang said...

No ahli 01-00174131

saya seorang guru berijazah dan tamat pengajian pada 1998.Selepas itu,saya menjadi GSTT dan mengikuti KDPM-KDC pada tahun 2000 dan memperoleh diploma perguruan malaysia pada 2004. Oleh kerana prosedur untuk mendapatkan ijazah dan diploma perguruan terbalik menyebabkan saya tidak dapat dilantik ke DG41.sijil-sijil dan dokumen yang berkaitan telah pun saya hantar ke KPPK.saya amat berharap ijazah yang saya peroleh itu dapat diiktiraf dan dilantik ke DG41.Harap KPPK dapat memberi bantuan kepada saya. sekian terima kasih.

bunga said...

Saya adalah guru bekas PPLD yang telah memohon PPPS DG48 pada bulan Julai 2010. Sehingga sekarang belum ada apa jua berita berkenaan perkara tersebut. Harap Pn. SUA boleh tolong.

Cikgu Md Zaidi said...

Puan SUA,

Laman web SPP menunjukkan tarikh Surat Tawaran sebagai PPPS DG41 ialah 19/05/2010 lagi.Namun hingga sekarang masih tiada surat penempatan dari BSM.Harap dapat menyemak.TQ

mariam said...

Apakah kaedah pegisian kekosongan di Tingkatan 6? Disekolah saya kekosongan tersebut diisi oleh Pengetua tanpa pengetahuan Penolong Kanan Tingkatan enam. Seolah-olah Pengetua yang lebih ariff. PK T6 cuma dibeitahu sahaja. Harap NUTP dapat memberi penjelasan.

Setiausaha Agung said...

Sdr. Cikgu Md Zaidi,
Sila kemukakan no. ahli anda.

Setiausaha Agung said...

Sdri. Mariam,
Untuk makluman Sdri., syarat wajib bagi pengisian kekosongan Tingkatan 6, setiap borang permohanan wajib diperakukan oleh Ketua Jabatan iaitu Guru Besar/Pengetua/Pihak Pentadbir

Cikgu Md Zaidi said...

No.Ahli : 01-00225081

sambungan dari perkara lepas.

Telah terima surat ke DG32 Timebased pada 18/11/2010 yang berkuatkuasa dari 17/01/2010.Harap dapat mengetahui status lantikan ke PPPS samada selepas atau sebelum dapat Timebased tersebut.

Terima kasih.

MATROS71 said...

Puan SUA,

No.Ahli : 03-00241461

Mohon penjelasan tentang kebenaran cuti sakit swasta kepada kakitangan awam berdasarkan 15 hari setahun atau 15 hari sepanjang tempoh perkhidmatan kerana ada yang masih keliru.

Mohon respon.TQ

Setiausaha Agung said...

Sdr. Md Zaidi,

Sila nyatakan tarikh lantikan DGA29, keputuan PTK dan juga tarikh lantikan sebenar DGA32 untuk semakan pihak KPPK.

Cikgu Md Zaidi said...

Puan SUA,

Tarikh lantikan DGA29=17/01/2000
Keputusan PTK= 4 (gaji di P2)
Tarikh lantikan DGA32=17/01/2010
Tarikh pemangkuan DGA32 =01/02/2010
Tarikh surat tawaran ke DG41 oleh SPP(web)=19/05/2010 (surat belum diterima)
Tarikh surat penempatan dr BSM = ????

Harap maklumat dapat membantu.TQ

Setiausaha Agung said...

Sdr. MatRos71,
Untuk makluman Sdr. Pihak KPPK telah kemukakan Kertas Kerja baru memohon beri fast track untuk Kumpulan Guru Senior yang sentiasa rugi.

Setiausaha Agung said...

Sdr. MatRos71,
Kebenaran cuti sakit swasta untuk kakitangan Kerajaan adalah sebanyak 15 hari setahun. Sila rujuk pada Buku Perintah Am Bab (C) Para 31 (a).

Anonymous said...

No ahli 57322
Seorang guru berumur 56 telah berkhidmat lebih 30tahun. Guru ini pernah berkhidmat di luar negeri dan Seberang Prai beberapa tahun. Sekarang di Pulau Pinang(Seorang Ahli NUTP).Oleh kerana guru C1 digalakkan tukar ke sekolah rendah, guru bukan siswazah ini memohon tukar dr sekolah menengah ke sek rendah 3 tahun dahulu. Hari ini diberitahu akan ditukar ke sekolah lain tanpa memohon pertukaran kr optionnya Matematik dan bukan Bahasa Cina. Sebenarnya guru ini ada kepujian BC(A2), telah ajar darjah Satu selama tiga tahun dan telah ikuti kursus LINUS. Guru ini sangat kecewa kerana telah dilayan seperti binatang tua dan di halau ke sana ke sini walaupun dua tahun lagi akan bersara.

mariam said...

Saya adalah guru T4/5 yang telah mohon fasa 2 T6. Sehingga kini tiada maklumat. Bila kah saya akan dapat kreputusan? Adakah perlu saya ajar T6 tahun semasa untuk dapat lantikan?

Setiausaha Agung said...

Saudari mariam,

Saudari perlu bersabar. Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)belum keluar arahan walaupun sudah diluluskan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).
Ya perlu mengajar Tingkatan 6 kalau dilantik. Itu syaratnya.
Keutamaan diberi kepada guru Tingkatan 6.

Setiausaha Agung said...

Saudara vikram sudakkhar,

Sila maklumkan no. ahli dan no. telefon Saudara. Saya akan hubungi Saudara.

Setiausaha Agung said...

Saudara money,

Tiada paksaan itu yang dimaklumkan oleh Pengarah, Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) Perak.

Setiausaha Agung said...

Saudara vikram sudakkhar,

Guru DG41 boleh pegang jawatan di Sek. Ren. tetapi proses ini ambil masa lama kerana Dasar.

Setiausaha Agung said...

Sdr./Sdri. angin,

Sila kemukakan kes kepada KPPK. Pihak KPPK akan cuba bantu.

Setiausaha Agung said...

Sdr. Sabry,

Sila kemukakan butiran Saudara secara rasmi untuk semakan oleh pihak KPPK.

Tue Jan 11, 08:14:00 AM 2011